Tuesday, December 14, 2010

sedikit-sedikit lama2 dekat nak sejuta!!!

KOTA KINABALU: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila dua pengawal sebuah syarikat keselamatan yang mencuri hampir RM1 juta daripada mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank sejak dua tahun lalu diberkas pihak berkuasa, baru-baru ini.
Mereka sepatutnya memasukkan wang itu ke mesin ATM, namun akibat tidak tahan dengan godaan longgokan wang, mereka mencurinya dalam jumlah kecil bagi mengelak dikesan bank.


Bagaimanapun, perbuatan licik dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun itu berakhir selepas polis menjalankan siasatan berikutan aduan pengurusan bank terbabit.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek dipercayai mengambil RM1,000 hingga RM5,000 daripada keseluruhan jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam mesin ATM.
Katanya, kegiatan mereka terbongkar selepas pengurusan bank memaklumkan kehilangan wang membabitkan empat mesin ATM di empat stesen minyak sekitar Lahad Datu pada 18 November lalu. “Kedua-dua suspek ditugaskan membawa wang tunai untuk dimasukkan ke dalam mesin ATM di stesen minyak berkenaan sejak 2008 dan hasil siasatan mendapati mereka bertanggungjawab menyebabkan kerugian RM844,850 kepada bank berkenaan,” katanya ketika sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.


Katanya, laporan pegawai audit bank itu mendapati wang hilang sebelum dimasukkan ke mesin ATM disyaki dilakukan kakitangan syarikat keselamatan lalu membuat laporan polis.


“Pegawai audit dalaman bank membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan berdasarkan laporan, polis menahan tujuh pengawal keselamatan pada keesokannya.

sumber: am@hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment