Wednesday, December 22, 2010

MANCHESTER ATAU CHELSEA?

ATAU

Perlawanan Chelsea, United penentu juara

LONDON – Chelsea dan Manchester United berdepan potensi besar untuk bertembung dalam aksi playoff bagi menentukan juara Liga Perdana England pada penghujung saingan musim ini.
Kedua-dua pesaing kejuaraan itu dijadualkan akan membuat perhitungan di Old Trafford pada 7 Mei depan, aksi ketiga terakhir dalam jadual liga musim ini.
Namun mereka dijadualkan bertemu lagi 10 hari kemudian di Stamford Bridge setelah pertembungan kedua-dua pasukan itu pada Ahad lalu terpaksa ditunda akibat salji tebal.
Penangguhan perlawanan akibat cuaca sejuk melampau di sekitar England bakal mengakibatkan pasukan-pasukan utama ini menghadapi jadual cukup ketat menjelang penghujung saingan musim ini.
United mempunyai dua perlawanan yang terpaksa ditunda dan aksi bertemu Blackpool telah dijadualkan semula pada 25 Januari depan.
Chelsea dan United kini berdepan kemungkinan terpaksa mengharungi sebanyak 15 perlawanan sepanjang April dan Mei dengan mengambil kira mereka masih terlibat dalam saingan Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Badan pengendali Liga Perdana England sebenarnya sudah menyediakan empat tarikh sebagai langkah berjaga-jaga setiap musim.
Namun tiga tarikh awal iaitu 11 dan 24 Januari serta 19 April diperuntukkan untuk kemungkinan berlangsungnya perlawanan ulangan saingan Piala FA.
Yang tinggal kini hanyalah tarikh 17 dan 18 Mei, beberapa hari sebelum perlawanan terakhir liga iaitu pada 22 Mei depan. – Agensi
www.kosmo.my

No comments:

Post a Comment