Monday, April 18, 2011

Semakan temuduga di IPTA 2011


semakan temuduga di IPTA 2011


sila lawati:


http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/temu_duga.php


tahniah kepada yang berjaya


dari: http://jauharimdsomnh.blogspot.com/

Semakan Permohonan ke UITM 2011

Semakan temuduga / permohonan Jun Intake 2011 di UITM,


sila lawati: 
http://istudent.uitm.edu.my/intake/home/main.asp?pg=frontpg


tahniah jika anda berjaya terpilih!

dari: http://jauharimdsomnh.blogspot.com/

Semakan Permohonan lepasan SPM ke BPG 2011



Semakan permohonan ke Bahagian Pendidikan Guru untuk calon lepasan SPM


sila lawati dan masukkan no kad pengenalan anda di: http://apps.moe.gov.my/kplspm/sptd_kplspmjun2011/index.cfm


tahniah jika anda terpilih!


dari: http://jauharimdsomnh.blogspot.com/

Wednesday, April 13, 2011

Peroleh RM211,955 dengan YouTube


ROB HOMAYOON menunjukkan cara-cara untuk membuat origami di laman YouTube.


GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.
Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.
Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan.
Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.
"Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).
"Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Ia berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu," kata Homayoon.
Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan. - Agensi
collection of: http://jauharimdsomnh.blogspot.com/

Friday, April 1, 2011

iPad 2

               Jualan iPad 2 menyaksikan Apple berjaya menjual tiga kali lebih banyak daripada produk syarikat pesaingnya seperti Samsung, Motorola, HP dan juga lain-lain pengeluar komputer tablet di pasaran.SATU juta iPad 2 dijual dalam masa seminggu di Amerika Syarikat (AS)? Wah.., hebat sungguh penangan gajet terbaru dari Apple ini sehinggakan ia menjadi idaman kepada sesiapa sahaja. Minatnya berjaya menyusup masuk ke hati mereka yang tidak pernah berminat kepada produk-produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Cupertino, California itu sebelum ini.
Apa yang menarik, kajian terhadap pembeli iPad 2 mendapati 60 peratus daripada mereka yang membeli produk itu adalah pengguna produk Apple sebelum ini tetapi 40 peratus daripadanya pula adalah pembeli produk pertama dari syarikat itu.
Selepas pelancarannya di AS minggu lepas, iPad 2 akan dijual di 26 negara pada 25 Mac ini tetapi setakat ini tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan untuk pasaran Malaysia.
Apa yang menarik mengenai komputer tablet dari Apple ini sehinggakan ia menjadi bualan ramai? Sudah tentu, ia kini lebih nipis, laju, ringan, jangka hayat bateri lebih panjang dan mempunyai penutup yang sangat menarik!
iPad 2 yang digelar sebagai 'peranti magik' masa depan itu seperti biasa mempunyai kemampuan melayari Internet, membaca dan menghantar e-mel, menikmati foto, video, mendengar lagu, bermain permainan, membaca e-buku dan pelbagai lagi.
"Dengan jualan iPad mencecah 15 juta, iPad telah berjaya memberi definasi baru bagi dunia peranti bergerak," kata Ketua pegawai eksekutif Apple Inc., Steve Jobs.
Katanya, ketika terdapat pihak-pihak lain sedang berusaha 'meniru' kejayaan iPad generasi pertama, Apple kini telah memperkenalkan iPad 2 yang akan membawa iPad lebih jauh ke hadapan dan seterusnya menyebabkan pesaing terpaksa mengubah lagi reka bentuk dan teknologi produk mereka.
Komputer tablet ini sudah tentu mempunyai reka bentuk baru yang lebih menarik dengan 33 peratus lebih nipis iaitu pada ketebalan 8.8 milimeter dan berat 600 gram, iaitu 15 peratus lebih ringan daripada model iPad sebelum ini
Walaupun mengekalkan saiz skrin 9.7 inci seperti model sebelum ini, ia kini tidak mempunyai bingkai dan memudahkan pergerakan jari pada skrin sesentuhnya.
iPad 2 menggunakan iOS 4.3, versi terkini perisian sistem operasi bergerak dari Apple dan juga dilengkapi perisian pelayar Safari yang membolehkan pelayaran Internet lebih laju, iTunes Home Sharing, AirPlay dan personal HotSpot.
Gajet ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri gyro terbina dalam untuk membolehkan permainan komputer, sokongan HSUPA untuk meningkatkan kelajuan memuatnaik 3G dan HDMI Video Mirroring untuk membolehkan pengguna iPad menonton di televisyen digital menggunakan adaptor pilihan.
Komputer ini juga menggunakan cip pemproses dual-core A5 untuk meningkatkan prestasi dan juga grafik, di samping mempunyai dua kamera di hadapan dan belakang untuk membolehkan anda melakukan persidangan video melalui Internet yang disambung melalui Wi-Fi atau 3G.
Kamera hadapan VGA boleh digunakan untuk persidangan video FaceTime dan PhotoBooth dan kamera di belakang boleh mengambil gambar pegun dan video 720 HD.
Walaupun mempunyai ciri-ciri berkuasa tetapi iPad 2 masih boleh mengekalkan tahap kesediaan bateri sehingga 10 jam untuk melayari Internet tetapi apa yang lebih menarik ialah ia mempunyai pelindung magnetik Smart Cover yang kaya dengan warna.
iPad 2 mempunyai dua warna untuk pilihan iaitu warna hitam dan putih dan terdapat model yang oleh menggunakan rangkaian 3G dan di AS, ia boleh menggunakan rangkaian 3G AT&T dan Verizon.
iPad 2 dengan Wi-Fi dipasarkan di AS dengan harga AS$499 untuk model 16GB, AS$599 model dan AS$699 model 64GB.
Selain itu, ia juga mempunyai model dengan Wi-Fi dan 3G yang berbeza harga untuk ketiga-ketiga model itu iaitu AS$629 (16GB), AS$729 (32GB) dan AS$829 (64GB). 
from:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm