Saturday, January 29, 2011

kenali perjuangan chechnya - lawan rusia




IA bukanlah kejadian pengeboman berani mati pertama di Rusia. Serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov, Moscow minggu lalu sehingga mengorbankan 35 orang awam dan mencederakan ramai yang lain hakikatnya adalah satu lagi siri pengeboman dalam sejarah Rusia yang tidak pernah lari dengan isu hak kebebasan dengan militan Chechen itu.
Walaupun ia didakwa dilakukan oleh kumpulan militan dari wilayah Caucasus Utara yang dikerah untuk mengebom ibu negara berkenaan, pihak berkuasa kini turut memburu tiga suspek dari Chechnya yang dipercayai menyediakan pengebom berani mati.
Rusia telah berdepan dengan ancaman kumpulan militan dengan beberapa siri serangan dan pengeboman yang berlaku sejak jatuhnya Kesatuan Soviet.
Kejatuhan Soviet membangkitkan sekelompok pemberontak Chechnya yang menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah.
Mereka mengumumkan parlimen baru dan mengisytiharkan kemerdekaan mereka sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara.
Pengisytiharan tersebut menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua-dua belah-belah pihak di antara Chechnya yang merupakan sebuah wilayah di bawah Rusia. Chechnya merupakan wilayah paling ramai warga Islam di Rusia.
Dalam kejadian minggu lalu itu, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengarahkan kerajaannya menyiasat punca serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov termasuk meneliti sama ada ia berpunca daripada kegagalan pihak keselamatan pengangkutan melakukan tugas mereka.
Beliau berkata, pejabat peguam negara dan jawatankuasa penyiasatan Rusia perlu menyiasat pihak bertanggungjawab yang membenarkan pengebom berani mati terlibat berada di kawasan lapangan terbang tanpa dikesan.
"Kita perlu lakukan segala yang mungkin supaya pihak yang mendalangi serangan dikenal pasti, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka perlu dihapuskan," katanya dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen sambil menggesa semakan kesemua rekod penerbangan.


PENINDASAN hak warga Islam di Chechnya dikatakan menjadi faktor kebangkitan pejuang-pejuang Chechen.




Perdana Menteri, Vladimir Putin pula berjanji pengebom yang menyebabkan 35 orang terkorban di lapangan terbang paling sibuk di Rusia itu akan menerima hukuman setimpal.
Kronologi pengeboman Rusia
Tahun 1999 mencatat sejarah hitam buat Rusia apabila pengeboman bersiri dekat apartmen di Buinaksk, Dagestan membunuh 61 orang. Pengeboman tiga buah apartmen lain di Moscow pula membunuh 215 orang dan sembilan yang lain tercedera pada bulan September.
Walaupun pada 2 September, komander militan Ibn Al-Khattab mengumumkan mujahidin Dagestan akan melakukan siri serangan ke beberapa tempat di Rusia, dia menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Ekoran kejadian itu, Rusia telah melancarkan Perang Chechen Kedua.
Tahun 1999 turut menyaksikan beberapa siri pengeboman lain antaranya letupan di sebuah pasar di Vlasdikavkaz membunuh 64 orang yang berlaku pada bulan Mac.
Tahun 2002 pula, kira-kira 800 penonton dan para pelakon muzikal Nord Ost dijadikan tebusan. Seramai 129 orang dibunuh selepas polis menyerbu bangunan teater di Moscow pada bulan Oktober.
Kejadian itu juga didakwa dilakukan militan Chechnya yang diketuai oleh Movsar Barayev. Mereka menahan tebusan dan mahukan tentera Rusia berundur dari Chechnya dan menamatkan Perang Chechnya Kedua.
Barayev membuat satu kenyataan kepada media dengan mengatakan mereka sanggup mati di atas tindakan mereka itu. Kenyataan yang diperoleh pihak media antaranya menyebut bahawa Rusia mengambil hak orang Chechnya dan mereka mahu menuntut semula hak itu.
"Allah telah memberikan kami hak kebebasan dan hak menentukan haluan hidup kami. Rusia telah membanjiri tanah kami dengan darah anak-anak kami.
"Penduduk dunia tidak mempedulikan orang yang tidak bersalah yang mati di Chechnya, para sheikh, wanita, kanak-kanak dan golongan yang lemah," kata Barayev.
Menurutnya lagi, mereka memilih untuk mati dengan berperang demi kemerdekaan Chechnya dengan membawa bersama ratusan nyawa manusia berdosa Rusia.
"Sekiranya kami mati, akan ada ramai lagi yang akan mengikut langkah kami yang sanggup mengorbankan nyawa mereka di jalan Allah. Para pejuang kami telah mati tetapi orang mengatakan para pejuang ini sebagai pengganas dan penjenayah.


SEBUAH masjid di Grozny bermandi limpahan cahaya bunga api sempena sambutan Maulidurrasul.




"Hakikatnya Rusia adalah penjenayah sebenar," katanya.
Sasar stesen Metro
Pada tahun 2004, stesen kereta api Metro di Moscow menyaksikan satu letupan yang membunuh 40 orang awam. Putin menuduh militan Chechen di atas kejadian itu, tetapi ketua pemberontak Chechen mengaku tidak terbabit.
Tetapi, kumpulan pengganas Chechen yang tidak dikenali mengaku bertanggungjawab ke atas letupan itu. Mereka memanggil diri mereka sebagai Gazoton Murdash dan diarahkan oleh Lom-Ali.
Menurut kenyataan itu, kumpulan tersebut melancarkan serangan sebagai simbol ulang tahun keempat pembunuhan orang awam Chechen oleh askar Rusia di Grozny dalam pembunuhan beramai-ramai.
Bulan November tahun 2009 menyaksikan satu lagi pengeboman di dalam sebuah tren ekspres yang bergerak antara stesen Moscow dan St. Petersburg membunuh 27 orang dan lebih 100 yang lain cedera.
Kejadian membabitkan stesen kereta api Moscow berlaku lagi Mac tahun lalu membabitkan pengebom berani mati wanita pada waktu puncak di stesen tren yang padat di Moscow. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya 39 orang dan mencederakan ramai penumpang lain.
Pada bulan Oktober pula, seramai empat orang militan Chechen menyerbu bangunan Parlimen Chechnya. Mereka menahan tebusan, menembak mati dua orang polis dan seorang orang awam sebelum empat pejuang tersebut dibunuh oleh anggota-anggota pihak berkuasa.
Peristiwa itu memberi tamparan hebat kepada Rusia yang sebelum ini mendakwa Chechnya sudah kembali stabil selepas kejatuhan Soviet Union.
Konflik tanpa kesudahan
Penindasan agama yang dialami rakyat Chechnya, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, eksploitasi dan kesengsaraan hidup menjadi punca serangan militan. Dan yang pasti ia tidak akan berakhir selagi kerajaan Rusia tidak bertolak ansur terhadap hak yang dituntut mereka.


PEMBUNUHAN Aslan pada tahun 2005 membangkitkan lagi kemarahan penduduk Chechnya.




Demikian pendapat pensyarah politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff.
Katanya kesengsaraan Chechen telah dipadamkan dalam laporan media-media Barat yang menggambarkan mereka sebagai pengganas semata-mata.
"Media Barat sentiasa melaporkan serangan-serangan yang dilakukan militan Chechen tetapi punca serangan itu tidak pernah dilaporkan secara telus dan tidak pernah dibincangkan.
"Oleh itu, selagi mereka tidak memperoleh keadilan yang dituntut, peperangan ini tidak akan menemui penghujungnya," katanya yang menganggap dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang tidak adil menjadi punca meletusnya peperangan agama dunia.
Menurut beliau, amalan double-standard yang diamalkan oleh kuasa dunia menyebabkan kebangkitan kumpulan militan daripada satu generasi ke satu generasi lain.
"Kerajaan Rusia mungkin telah membunuh ketua militan Chechen, tetapi ia hanya membangkitkan semangat pejuangnya yang lain. Konflik ini ini tidak akan berakhir kerana pemikiran mereka diwariskan kepada setiap generasi.
"Saya percaya serangan-serangan yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk membunuh orang awam sewenang-wenangnya tetapi mereka mahu membuktikan bahawa mereka juga mampu bangkit demi menuntut hak mereka serta keadilan sebagai orang Islam di bumi Rusia," katanya.
sumber: www.kosmo.com.my

nak kaya? rm300 satu hari? try this..


ALOR GAJAH: Sekumpulan pelajar yang mendakwa dari sekolah 
agama di sebuah negeri di utara tanah air mendakwa mampu 
memperolehi pendapatan RM300 sehari setiap seorang dengan 
menjual cakera padat (CD) dan minyak untuk kecerdasan minda.
Pada masa sama, mereka turut menafikan dakwaan kegiatan 
berkenaan bukan meminta sedekah sebaliknya menjual barangan, 
sekali gus mengutip derma untuk mengisi tabung pelajaran sekolah 
agama terbabit.
Bagaimanapun, kegiatan terbabit dikatakan menimbulkan persepsi 
negatif di kalangan orang ramai berikutan dibimbangi pelajar berusia 
belasan tahun berkenaan dipergunakan individu tertentu demi mengaut keuntungan.
Metroplus yang melakukan penyamaran di dua lokasi berbeza, di sini, 
turut berpeluang untuk menemubual dua remaja perempuan bagi 
mengetahui modus operandi kegiatan mereka.
Gadis berusia 13 tahun yang enggan dikenali berkata, dia sudah 
membuat kerja berkenaan sejak tiga tahun lalu secara sukarela dan 
bukannya paksaan seperti didakwa, malah turut diberi tunjuk ajar 
cara-cara untuk melariskan jualan mereka.
Menurutnya, pada peringkat awal ibu bapanya agak keberatan untuk 
memberi kebenaran, namun kini mereka mulai faham selepas diterangkan tujuan sebenar dan merestui kerja amal kebajikan berkenaan biarpun 
terpaksa bersusah payah.
berita lanjut di hmetro.com.my
collection of http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

10 batu yang menakjubkan diseluruh dunia


Batu ini tinggal di Taman Dewa berhampiran Pike `Peak di Colorado Springs, Colorado. Batu itu berdiri di sebelah jalan raya dan disekitar batu ini terdapat pemandangan yang indah.


Balancing Rock, Digby, Nova Scotia, Kanada

Batu ini berketinggian 30 meter tegak di NovaScotia, Kanada. Apa yang membuat batu ini sangat menakjubkan,sekitar 50% dari tapak batu iniberdiri di udaraJika batu ini buatan manusia, boleh anda bayangkan betapa sukarnya untuk mencari pengiraan yang tepat untuk dirikan batu besar di tepi tebing selama beratus-ratus tahun melawan ombak, hujan, dan angin?


Idol Rock, Brimham Moor, North Yorkshire, UK

'Idol Rock' adalah satu batu yg menakjubkan kawasan Moor Brimham, Yorkshire Utara, United Kingdom. 'Idol Rock' adalah sekitar 200 tan dan hanya disokong oleh batu piramid yang lebih kecil. Batu piramid kecil membawa tekanan besar dari 'Idol Rock' dan baki batu berbentuk aneh.

El Torcal de Antequera, Andalusia, Sepanyol

Torcal el de Antequera adalah menara batu kapur yang terletak di Andalusia, Sepanyol. Angin, hujan dan matahari telah merubah menjadikan Torcal el de Antequera menarik banyak pelancong setiap tahun. Walaupun kuat dan keseimbangan, 'Rock Climbing' tidak digalakkan.


Kjeragbolten, Norway

Kjeragbolten atau Kjerag Boulder adalah sebuat batu bulat 5 meter persegi. Batu ini terletak antara 2 dinding raksasa Gunung Kjerag. Batu itu berada pada1,000 meter di udara selama ribuan tahun. Satu-satunya perkara yang perlu diingat adalah, jangan melihat ke bawah apabila anda berada di atasnya.

maklumat lanjut di
http://bob-sempoi.blogspot.com/2011/01/10-batu-yang-menakjubkan-di-seluruh.html
collection of http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

Wednesday, January 26, 2011

10 tempat eksklusif didunia yang masih rahsia

RAF Menwith Hill adalah pangkalan militer dengan koneksi ke jaringan mata-mata ECHELON global. Situs berisi beragam stasiun satelit bawah tanah dan diklaim sebagai stasiun pemantauan elektronik terbesar di dunia.


Situs yang terletak dari Skipton A59 Road, sekitar sembilan mil barat Harrogate di North Yorkshire dan menempati sekitar satu mil persegi Moorland.Tempat ini dibangun oleh Departemen Pertahanan AS.


2. MEZHGORYE

Mezhgorye adalah kota tertutup di Rusia yang terletak di Gunung Yamantaw, kota yang didirikan pada tahun 1979 ini berada di ketinggian 1.640 m, kota ini ditengarai oleh AS sebagai tempat rahasia pembuatan nuklir. 


Proyek besar ini mulai diamati oleh satelit AS pada 1990. AS meminta pernyataan dari pihak Rusia akan tempat ini, tetapi Rusia membantahnya, mereka bilang itu hanyalah lokasi pertambangan.


3.VATICAN SECRET ARCHIVES

Walaupun bernama "Vatican Secret Archives", tetapi arsip-arsip disini tidaklah rahasia, karena anda dapat melihat dokumen yang anda inginkan, tetapi anda tidak bisa masuk ketempat ini, anda harus mengirimkan permintaan dahulu untuk sebuah dokumen ke pihak yang berwenang di Vatican. 


Tidak semua buku anda bisa lihat, hanya dokumen yang sudah berusia 75 tahun saja (untuk melindungi informasi diplomatik dan pemerintahan). Ada 35.000 buku dalam katalog dan itu sepanjang 84 Km.


4. CLUB 33

Disneyland tempat hiburan untuk anak-anak maupun dewasa. Semua tempat di Disneyland adalah bebas untuk umum kecuali Klub 33 ini. Tidak mudah untuk masuk ke Club ini, selain sekuriti yang sangat ketat tempat ini juga menggunakan finger screen.


Menjadi klub ekslusif club ini tidaklah mudah dan murah, selain pendaftaran sekitar 10-30 ribu US$ anda juga harus menunggu selama 14 tahun untuk menjadi waiting list.


5. MOSCOW METRO-2

Metro-2 di Moskow adalah sistem kota bawah tanah terbesar di dunia. Kota ini dibangun pada jaman Stalin. Kota ini sangat rahasia, sampai wartawan pun yang ingin merilis berita ini selalu tidak diperbolehkan oleh pemerintah. Tempat ini sangat rahasia dikarenakan tidak ada seorang pun menegaskan keberadaan kota ini.


6. WHITES GENTLEMENS CLUB

Ini adalah tempat untuk para anggota klub para pria di Inggris, didirikan oleh Francesco Italia Bianco pada tahun 1693. Awal klub ini terbentuk adalah hanya untuk kumpulan para pecinta minuman cokelat panas namun akhirnya menjadi khas dan ekslusif dikarenakan rahasianya itu. 


Dan sekarang tempat ini sangat terkenal dengan permainan judinya yang aneh, seperti bertaruh 3.000 pounds hanya untuk menebak tetesan pertama pada air hujan dari jendela yang mana. Bagi setiap orang yang ingin mendaftar keanggotaan hanya bisa jika diundang dan disetujui oleh 2 orang anggota lainnya.


7. AREA 51

Area 51 (atau lebih dikenal sebagai US Air Force Flight Test Center, Detachment 3 dan juga samaran-samaran lain Dreamland, Watertown Strip, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake, dan juga The Directorate for Development Plans Area) adalah sebuah daerah terisolasi di bagian selatan Nevada, yang dimiliki oleh pemerintah Amerika Serikat.


Ddigunakan sebagai pusat pembangunan rahasia dan percobaan pesawat-pesawat tempur generasi baru. Area ini juga sangat terkenal karena diduga kuat sebagai pusat penelitian UFO yang sampai sekarang dianggap sebagai salah satu teori konspirasi yang belum terungkap.


Sampai saat ini masih beredar isu bahwa ada sampel-sampel mahluk luar angkasa yang pernah jatuh ke bumi di tempat ini. Pada zaman perang dunia sebuah benda luar angkasa berbentuk pesawat aneh dan sebuah mahkluk kecil jatuh di sekitar daerah itu, yang kemudian langsung diselamatkan dan dimasukkan ke pangkalan AS


Konon hingga kini pesawat aneh dan mahkluk itu masih diteliti oleh para ilmuwan, yang makin membuat area 51 semakin misterius adalah karena tempat itu sangat tertutup dan hanya orang-orang tertentu yang bisa masuk ke tempat itu.


8. ROOM 39

Kamar 39 atau Biro 39 adalah tempat ilegal satu-satunya yang didukung penuh oleh suatu negara dan berada di wilayah suatu negara. Diproyeksikan sebagai salah satu organisasi rahasia di Korut yang mencari cara untuk memperoleh mata uang asing untuk Kim Jong-il. Kamar ini didirikan pada tahun 1970-an dan tidak diketahui dari mana nama ini berasal.


Sangat sedikit sekali informasi tentang Room 39 ini dikarenakan sifat rahasia organisasi sekitarnya. Cara kerja Biro ini adalah menggunakan 10-20 rekening bank di Cina dan di Swiss, untuk tujuan pemalsuan, pencucian uang dan transaksi ilegal lainnya. 


Tempat ini juga disinyalir terlibat dalam penyelundupan Narkoba dan penjualan senjata. Korea Utara telah membantah terlibat dalam kegiatan ilegal apapun. Kamar 39 diyakini berada di dalam sebuah Gedung Partai Buruh di Pyongyang, ibukota Korea Utara.


9. ISE GRAND SHRINE

maklumat lanjut ada di : http://www.lintasberita.com//go/1643607

tunisia oh tunisia..



Presiden sendiri melarikan diri ke Arab Saudi pada 16 Januari lalu selepas siri bantahan rakyat sejak beberapa minggu. Beliau tumbang di tangan rakyat setelah memerintah kira-kira 23 tahun.
Ada beberapa sisi menarik boleh ditulis mengenai kisah tumbangnya seorang presiden ini. Namun pada penulis, sisi paling menarik ialah kejatuhannya dikaitkan oleh banyak pihak dengan peranan Wikileaks dan Facebook.
Menerusi media baru seperti Wikileaks dan Facebook, Presiden Zine El Abidine Ben digambarkan kepada rakyatnya sebagai seorang penguasa kuku besi, mengamalkan rasuah serta penyelewengan lain. Ini diburukkan lagi oleh faktor peningkatan kadar pengangguran di negara itu.


Menurut telegraph.co.uk, bekas presiden Tunisia itu mungkin mangsa pertama Wikileaks. Maklumat yang didedahkan Wikileaks mengenai kabel diplomatik kedutaan Amerika Syarikat berhubung kehidupan mewah presiden itu serta empayar perniagaan di bawah kawalan keluarganya dan kekebalan anak pinaknya daripada tindakan undang-undang, disebarluaskan menerus email dan media baru lain (internet) ke seluruh negara walaupun tahap sistem penapisan adalah amat ketat. Malah, beberapa minggu sebelum kejatuhannya, presiden itu menyekat laman Wikileaks daripada dapat diakses oleh rakyatnya.
Pendedahan itu menimbulkan kemarahan rakyat.


Thedailybeast.com pula melaporkan bahawa laman sosial Facebook dan Twitter digunakan sebagai sumber utama oleh rakyat terbanyak yang menentang pentadbiran Zine El Abidine Ben.


Antara yang popular digunakan bagi menyebarkan penentangan terhadap penguasa Tunisia itu ialah laman Twitter ini – http://twitter.com/SBZ_news


Sementara itu, neontommy.com turut merakamkan perkara sama. Web terbabit menyifatkan Zine al-Abidine Ben Ali jatuh kerana WikiLeaks dan Facebook.


Ternyata, ini adalah ‘sejarah baru yang ditulis dengan dakwat teknologi’. Dengan teknologi terkini, maklumat tidak lagi dapat disekat-sekat, disembunyi dan dimanipulasi oleh pemerintah.


Jika beberapa dekad dahulu, penguasa dapat ‘bermain-main’ dengan maklumat dan fakta bagi mengabui mata rakyat terbanyak, kini maklumat boleh bergerak menyelinap masuk ke segenap ruang rumah, malah di dalam poket orang ramai, menerusi pelbagai gajet serta saluran penyiaran yang tidak lagi mampu dikawal sepenuhnya oleh elit pemerintah.


Malah fungsi serta pengaruh media tradisional (media cetak dan elektronik) yang dahulunya dapat dikawal secara total oleh kerajaan serta dianggap sebagai kekuatan keempat (fourth estate) di dalam sesebuah negara, kini mula luntur. Ia mungkin akan perlahan-lahan dikalahkan oleh media baru – internet – yang pusat siarannya boleh sahaja hanya daripada sebuah rumah usang serta tidak memerlukan sebarang lesen, permit atau kelulusan untuk membuat apa juga siaran.


Inilah yang ditakuti elit pemerintah di mana-mana sahaja di dunia, terutama mereka yang mengamalkan rasuah, penyelewengan dan menidakkan hak serta kebajikan rakyat. Presiden Tunisia itu adalah yang pertama. Mungkin ramai lagi akan menyusul menjadi mangsa kebebasan maklumat menerusi kecanggihan teknologi sebaran.


Jika dahulu sejarah dikatakan hanya ditulis oleh puak yang menang dan berkuasa (sementara peranan pihak yang kalah dinafikan), kini sejarah akan tertulis secara telus dan dapat dilihat dari pelbagai penjuru serta oleh sesiapa sahaja.


Justeru, mana-mana juga pemerintah, tidak dapat tidak, mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk kekal berkuasa. Satu-satunya pilihan yang ada ialah memerintah berasaskan keadilan dan mengutamakan kebajikan rakyat dengan mengelak penyelewengan serta tidak mementingkan kroni dan anak pinak.


Jika tidak, mereka akan tumbang dalam tragedi!


Mesej daripada kisah kejatuhan Presiden Tunisia ini adalah jelas dan mudah difahami. Mesej sejagat ini sepatutnya sudah diserap terima oleh mana-mana penguasa di mana-mana juga negara di dunia.
sumber: