Sunday, December 19, 2010

Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia

Cabaran futsal belia terhebat




Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia memasuki saingan hari kedua hari ini dengan 555 perlawanan peringkat kumpulan lagi akan diteruskan di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.
Kesemua 444 pasukan lelaki dan wanita dari 222 kawasan Parlimen di seluruh negara sekali lagi akan turun ke gelanggang dalam misi memburu dua tempat teratas peringkat kumpulan masing-masing bagi mengesahkan tempat ke pusingan kedua.
Saingan hari ini bakal menyaksikan 555 lagi perlawanan yang penuh mendebarkan, sekaligus menjadi penentu kepada nasib pasukan masing-masing dalam pemburuan hadiah kejuaraan keseluruhan berjumlah RM88,000.
Kemeriahan pada hari pertama semalam memang suka runtuk digambarkan.
Selain pemain, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Kompleks Futsal Putrajaya itu yang datang untuk melihat kemahiran dan bakat terpendam peserta-peserta yang bersaing pada pusingan akhir kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini.
Meskipun hujan turun pada sesi petang, namun saingan di tengah gelanggang tetap meriah.
Begitupun, ada beberapa perlawanan yang tidak dapat diteruskan ekoran hujun lebat dan pengadil membuat keputusan untuk menamatkan perlawanan terbabit ditentukan menerusi sepakan penalti.
Hari ini, empat sesi perlawanan di peringkat kumpulan akan diteruskan bagi mencari 74 pasukan (lelaki) dan 74 (wanita) terbaik untuk beraksi di pusingan kedua.
Selepas itu, 64 pasukan lelaki dan wanita itu akan meneruskan saingan ke pusingan ketiga sebelum menempatkan diri dalam kelompok 32 pasukan terbaik untuk beraksi di pusingan keempat.
Saingan kalah mati ini kemudian diteruskan dengan 16 daripada 32 pasukan tersebut yang akan berentap dalam saingan pusingan kelima.
Pusingan separuh akhir dan final kategori lelaki dan wanita pula akan dilangsungkan pada petang esok.
Selain futsal, beberapa cara sampingan turut diadakan seperti persembahan artis jemputan, cabutan bertuah, pertunjukkan muay thai dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun.
Pelbagai gerai pakaian, peralatan sukan serta makanan dan minuman turut disediakan bagi memeriahkan lagi kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini.
Upacara perasmian kejohanan ini semalam disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Pada sebelah petang semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meluangkan masa meninjau perjalanan kejohanan tersebut dan beliau ternyata berpuas hati dengan sambutan serta perjalanan penganjurannya.
Kejohanan ini menampilkan 444 pasukan dari 222 kawasan Parlimen di negara ini melibatkan 222 pasukan bersaing dalam kategori lelaki dan 222 lagi dalam kategori wanita.
Pasukan-pasukan ini merupakan juara pada saingan peringkat Parlimen masing-masing yang telah bermula sejak Ogos lalu.
Juara kategori wanita dan lelaki setiap kawasan Parlimen layak beraksi ke pusingan akhir yang menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 kepada juara.
Naib juara akan membawa pulang RM10,000 sementara tempat ketiga akan menerima RM6,000.
Pasukan yang menduduki tempat keempat akan menerima RM4,000 sementara pasukan-pasukan yang menduduki tempat kelima hingga kelapan, masing-masingnya menerima RM1,000.
Pasukan-pasukan yang datang dari luar Lembah Klang ditempatkan di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Akhbar Kosmo! dilantik menjadi rakan media kejohanan ini.
www.kosmo.my

No comments:

Post a Comment