Friday, January 21, 2011

Jepun tawar biasiswa kursus pengajian jepun, latihan guru.

KUALA LUMPUR, 21 Jan. - Rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran dalam pengajian Jepun dan latihan perguruan di negara itu dipelawa memohon biasiswa Kerajaan Jepun, yang dibuka sekarang sehingga 1 Mac.
Menurut Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan di sini, biasiswa kerajaan Jepun atau Monbukagakusho (MEXT) bagi kursus bukan ijazah selama setahun dalam pengajian Jepun ditawarkan kepada siswazah tahun kedua dan ketiga di universiti tempatan, dengan pengkhususan utama dalam bahasa Jepun atau budaya Jepun.
Pemohon mestilah berusia antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2011 dan fasih dalam bahasa Jepun.
Mereka yang layak akan diberikan elaun 125,000 Yen (kira-kira RM4,600) dan tiket penerbangan pergi dan balik, serta pengecualian pembayaran yuran kemasukan peperiksaan, matrikulasi dan yuran pengajian bagi kursus selama setahun yang akan bermula Oktober ini.
Mereka yang berminat boleh melayari
http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm atau menghubungi 03-21772600 sambungan 157 atau 146 untuk maklumat lanjut.
Permohonan mesti dikemukakan di kedutaan sebelum 4 petang 1 Mac, menurut kenyataan itu. - Bernama
good luck dari: http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment