Friday, February 25, 2011

Hantu Kak Limah bALIK Rumah - terbaik..


KUALA LUMPUR, 2 DIS 2010: Jika sebelum ini, filem komedi seram arahan Mamat Khalid, Zombi Kampung Pisang (ZKP) berjaya menarik perhatian kaki wayang tempatan, kini pengarah kreatif tersebut bakal tampil dengan sekuel kedua siri Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR).
Masih mengekalkan Awie sebagai peranan utama, Mamat tampil dengan sebuah humor dalam penceritaan yang lebih kemas serta sarat dengan mesej kritikan sosial yang ingin dikongsi kepada umum.
"Kekuatan HKLBR kali ini ialah filem ini lebih humor dan penceritaannya lebih kemas dan mantap. Kelemahan yang ada pada ZKP, saya baiki agar ia menepati selera penonton. Sekual kedua ini lebih sempurna daripada yang pertama.
"Saya lebih suka HKLBR berbanding ZKP kerana lawak yang ditonjolkan lebih cepat dan segalanya saya belajar dari filem terdahulu.Saya yakin peminat sedia ada ZKP akan menantikan filem terbaru ini kerana filem ini lebih kelakar," katanya ketika ditemui selepas preview filem tersebut semalam.
Jelas Mamat lagi, meskipun filem tersebut merupakan siri kedua Kampung Pisang namun ia mengetengahkan penceritaan baru serta ia sama sekali tidak terikat dengan siri yang pertama.
"Orang ramai yang tak tengok ZKP boleh tengok sekuel ini sebab filem ini berdiri atas penceritaannya sendiri. Jadi mereka boleh datang untuk berhibur dan bergelak ketawa tanpa pening kepala sebab ceritanya tak ada kaitan dengan yang dahulu. Kesinambungannya hanyalah lokasi Kampung Pisang dan hanya beberapa watak lama dikekalkan," jelasnya tenang.
Menyambung perbualan kata pengarah kelahiran Ipoh, Perak ini, beberapa muka baru seperti Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera dan Delimawati diperkenalkan bagi mengaburi ketiadaan barisan pelakon terdahulu seperti Que Haidar, AC Mizal, Nadia Mustafar dan Ezlynn, dan ia sama sekali tidak menganggu perjalanan cerita.
Mengulas mengenai pandangan spektikal masyarakat mengenai filem siri zombi yang dilihat tidak bermesej, Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 ini menjelaskan, sama seperti ZKP dia turut menyelitkan beberapa mesej di dalam HKLBR.
"Antaranya ialah mesej anti sosial, anti tahyul yang sering kali berlegar dalam lingkungan masyarakat kita. Kalau anda teliti dialog-dialog dalam filem ini semuanya menyentuh masyarat kita. Saya selitkan kritikan sosial agar umum patut menerimanya dan tak bermaksud untuk menikam sesiapa. Jangan ada yang terasa sebab niat saya adalah untuk berhibur sambil menyampaikan mesej kepada semua,".
Sementara itu, bagi Awie, peluang kali kedua menjayakan watak Hussin, memberikan kesempatan untuknya mempamerkan sebuah lakonan yang lebih gitu.

No comments:

Post a Comment