Saturday, January 15, 2011

148,500 tempat di IPTA untuk pelajar lepasan SPM - dah apply??



MOHAMED KHALED (dua dari kanan) dan Ahmad (kanan) melihat beberapa pelajar menyemak keputusan kemasukan ke universiti di Kuala Terengganu semalam.

Jika belum apply, sila lawati http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/ utk maklumat lanjut.
KUALA TERENGGANU - Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan sebanyak 148,500 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia adalah sebahagian daripada 469,500 tempat yang ditawarkan kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran termasuk di pelbagai institusi lain.
Katanya, selain IPTA, mereka juga boleh memilih untuk meneruskan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), pendidikan lanjutan ke Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Persediaan ke Luar Negara secara tajaan.
"Kita sediakan banyak tempat, jadi tiada alasan untuk pelajar-pelajar ini tidak menyambung pelajaran ke mana-mana institusi ataupun pusat latihan yang telah disediakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pelancaran Karnival Jom Masuk U Kali ke-7 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di sini semalam.
extracted by: http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/
from www.kosmo.com.my/ 

No comments:

Post a Comment