Akademi Binaan Malaysia [ABM] adalah pusat latihan CIDB Malaysia yang menyediakan pembangunan dan peningkatan kemahiran dikalangan Personel Binaan.
Fokus utama Akademi Binaan Malaysia melibatkan persediaan Personel Binaan dengan:
- kemahiran
- standardisasi
- kebolehan
- kualiti
- produktiviti
ABM telah menggariskan 7 objektif bagi memenuhi peranannya:
- Untuk mewujudkan lebih ramai Personel Binaan berkemahiran penuh dan berkemahiran -separa tempatan bagi mengurangkan pergantungan negara pada pekerja asing
- Untuk melaksanakan Kursus Kemahiran Pembangunan Binaan secara berstruktur dan diiktiraf yang dikendalikan oleh para pelatih yang berkemahiran dan professional
- Untuk menghasilkan Personel Binaan yang produktif, peka kepada keselamatan, berorientasikan kualiti dan berkebolehan untuk menghadapi kehendak yang sentiasa bertukar dalam Industri Pembinaan
- Untuk menyediakan peluang-peluang bagi Personel Binaan untuk mempertingkatkan Kemahiran mereka dari masa ke semasa.
- Untuk menyokong industri dalam mengejar persaingan sihat dengan menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan dalam mengendalikan peningkatan kecanggihan dalam Teknologi Pembinaan
- Untuk menghasilkan dan memberi ruang bagi tenaga kerja tempatan yang terlatih pada masa kini dan masa hadapan untuk diekspot, dan
- Untuk menjalankan program-program pengiktirafan
No comments:
Post a Comment