ALOR GAJAH: Sekumpulan pelajar yang mendakwa dari sekolah
agama di sebuah negeri di utara tanah air mendakwa mampu
memperolehi pendapatan RM300 sehari setiap seorang dengan
menjual cakera padat (CD) dan minyak untuk kecerdasan minda.
Pada masa sama, mereka turut menafikan dakwaan kegiatan
berkenaan bukan meminta sedekah sebaliknya menjual barangan,
sekali gus mengutip derma untuk mengisi tabung pelajaran sekolah
agama terbabit.
Bagaimanapun, kegiatan terbabit dikatakan menimbulkan persepsi
negatif di kalangan orang ramai berikutan dibimbangi pelajar berusia
belasan tahun berkenaan dipergunakan individu tertentu demi mengaut keuntungan.
Metroplus yang melakukan penyamaran di dua lokasi berbeza, di sini,
turut berpeluang untuk menemubual dua remaja perempuan bagi
mengetahui modus operandi kegiatan mereka.
Gadis berusia 13 tahun yang enggan dikenali berkata, dia sudah
membuat kerja berkenaan sejak tiga tahun lalu secara sukarela dan
bukannya paksaan seperti didakwa, malah turut diberi tunjuk ajar
cara-cara untuk melariskan jualan mereka.
Menurutnya, pada peringkat awal ibu bapanya agak keberatan untuk
memberi kebenaran, namun kini mereka mulai faham selepas diterangkan tujuan sebenar dan merestui kerja amal kebajikan berkenaan biarpun
terpaksa bersusah payah.

berita lanjut di hmetro.com.my
collection of http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment