Tuesday, March 15, 2011

Saluran Alternatif untuk ke USM - Due date 28 March 2011

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA,
SIDANG AKADEMIK 2011/2012
Saluran Alternatif terbuka kepada pemohon warganegara Malaysia yang memberi peluang kepada mereka yang sudah bekerja bagi melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. Terdapat pecahan di dalam Saluran Alternatif seperti dibawah : -

A) Saluran Kedua 
Program ini dibentuk khas bagi calon-calon yang sedang bekerja bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang tugas dan juga akademik.

B) Kemasukan Khas
Sains Kemasyarakatan
Kemasukan khas adalah satu saluran khas bagi staf kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ditawarkan.

C) Seni Bina
Rancangan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina ini memerlukan 1 tahun pengajian selepas memperolehi Sarjana Muda Sains PBP (pengkhususan Seni Bina) bagi program 4 tahun atau 2 tahun pengajian bagi program 3 tahun. Telah menjalani latihan amali wajib selama 24 minggu di Firma Arkitek

D) Pendidikan Sepanjang Hayat
Program ini membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian dan cita-cita untuk mengenggam segulung ijazah. Ia bertepatan dengan Konsep Program Pendidikan Sepanjang Hayat dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Program ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Warga Emas, Warga Budaya dan Warga Sukan.

No comments:

Post a Comment