Tuesday, November 30, 2010

guru mohon program pensiswazahan mencapai 15250 pada pagi ini

layari http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg/
kursus pensiswazahan guru secara pjj anjuran kpm.
A. IKLAN PERMOHONAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah(PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Nama Program : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

1.2 Tempoh Pengajian : Empat Tahun

1.3 Mod Kursus : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

1.4 Program ini dijalankan secara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru(IPG)/Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS). Peserta yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.
salam. tuan/puan boleh terus klik ke site kpm diatas.
- untuk mula mohon
-untuk kemaskini
-untuk tukar permohonan
tarikh tutup 22.12.2010.
pemohon setakat ini 15250. 
selamat berjaya. dari http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment