Wednesday, January 26, 2011

jet Li jadi warga Singapura

Menurut Li, dia mahu anak-anaknya menerima pendidikan bahasa Inggeris dan Cina di negara tersebut.Jet Li mengambil keputusan untuk menetap di Singapura kerana aspek keselamatan dan sistem pendidikan negara itu yang memberi penekanan terhadap pengajaran Bahasa Inggeris dan Mandarin kepada para pelajarnya.
Li yang membintangi banyak filem Hollywood termasuk The Expendables dan The Mummy: Tomb of the Dragon Em perormenyatakan keputusannya itu turut dipengaruhi oleh ketiadaan paparazi di negara itu.
"Anak-anak saya akan menerima pendidikan dua bahasa yang baik selain kestabilan sosial negara ini.
"Mereka (anak-anaknya) juga tidak akan diganggu oleh para wartawan," kata Li dalam bahasa Mandarin.
Li yang berada di Singapura untuk menyertai persidangan dermawan menyatakan rasa terkejut ekoran minat orang ramai berhubung penghijrahannya dari Amerika Syarikat (AS) ke Singapura.
"Melucukan kerana saya telah memegang pasport AS dan tinggal di sana selama 20 tahun, tiada siapa yang bercakap mengenainya. Sekarang, bila saya datang ke Singapura, semua orang ingin tahu kenapa saya datang ke sini," katanya.
Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa bintang filem itu membeli sebuah rumah berharga AS$14 juta (RM42.7 juta) di Singapura.
Li tidak menyatakan sama ada dia menggugurkan ke rakyatan AS dan China tetapi undang-undang Singapura membenarkan rakyatnya memiliki dua kerakyatan.
Li mengikut jejak langkah aktres popular China, Gong Li yang menjadi warganegara Singapura pada 2008. - AFP

Saturday, January 22, 2011

Asrama SMKTT 2010

Active ImageActive ImageActive Image
Active Image
Active ImageActive Image
Active ImageActive ImageActive Image
Active Image
Active ImageActive ImageActive ImageActive ImageActive Image
Active Image
Active ImageActive Image

PENGENALAN 

Asrama SMK Tunku Temenggung ditubuhkan pada tahun 1996 dengan menumpang blok sekolah bagi
asrama puteri dan rumah guru bagi asrama putera. Pada 2004 pelajar asrama
berpindah ke bangunan asrama baru yang siap dibina. Sehingga kini asrama
SMK Tunku Temenggung menampung seramai 150 penghuni putera dan puteri.

VISI ASRAMA
 Melahirkan pelajar yang beriman, berwawasan, dinamis, teguh jati diri dan terbilang
 MISI
-         Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
-          Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berpekerti terpuji.
-          Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berpesonaliti terunggul.
-          Menjalinkan pemuafakatan dan hubungan yang baik dengan komuniti dan ‘stakeholder’
 WARDEN
 
1. Martdiyah Bt Ismail
 2. Samsun B Abd Rani
 3. Maisharah Bt Maliki

 PENYELIA ASRAMA :
  Ku Ibrahim B Ku Hassan

Program/Aktiviti Asrama
1. Kelas Quran Tajwid - malam Isnin
2. Kelas Pembangunan Sahsiah / Kerohanian - malam sabtu
3. Kelas Tambahan :
a) Ting. 1,2 dan 4 - Matematik & B.Inggeris
b) Ting. 3 - Sains, Matematik & B.Inggeris
c) Ting. 5 - Matematik, M. Tambahan, B.Inggeris dan Fizik
4. Program mentor-mente - setiap malam      ahad
5. Waktu Persediaan (Prep)
a) Sesi pagi - 3.00 hingga 5.00 pm
b) Sesi petang - 8.00 hingga 10.00 am
    8.00 hingga 10.00 pm setiap hari
PENCAPAIAN ASRAMA
 Tempat ke-3 Asrama Lima Bintang Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009  

collection of http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat bergelar suami-isteri.

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.
Dengan sekali lafaz, Zaquan Adha sah bergelar suami kepada Ayu Raudhah.
Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.

Bangkai makhluk misteri



SATU bangkai tanpa kepala yang ditemui di di pantai Shadmoor State Park, Montauk, Long Island, New York pada Ahad lalu.



NEW YORK - Dua bangkai makhluk ganjil dijumpai di pantai Shadmoor State Park, Montauk di Long Island dan Pelabuhan Three Mile, New York pada Ahad lalu, lapor akhbar The East Hampton Starsemalam.
Seorang lelaki, Arthur Beckenstein menemui bangkai seperti seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut di tepi pantai Shadmoor State Park.
"Saya yakin terdapat penerangan logik tentang apakah binatang yang saya temui ini.
"Pada awalnya, saya ingat ia bangkai seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut. Ukuran tulang rusuknya ialah sepanjang 61 hingga 76.2 sentimeter. Bentuk tulang belakangnya kelihatan seperti buaya sedangkan tiada reptilia besar hidup di kawasan ini," katanya.
Menurut akhbar itu, penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan makhluk asing atau hasil eksperimen pentadbiran Amerika Syarikat (AS).
Pada jarak sejauh 32 kilometer dari pantai itu, Eileen Murphy dan Jane Bimson terjumpa satu bangkai haiwan tanpa kepala yang mempunyai tulang rusuk serta ekor seperti ikan duyung.
Mereka kemudian merakamkan dua keping gambar dan menghantarnya ke Yayasan Penyelidikan dan Pemuliharaan Marin Riverhead.
Pakar biologi dari yayasan itu, Kim Durham menyatakan dia tidak dapat mengenal pasti makhluk tersebut dan memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
Namun, apabila mereka kembali ke lokasi sama pada keesokan harinya, bangkai itu telah hilang.
Kedua-dua bangkai itu ditemui tanpa kepala. - Agensi
www.kosmo.my

Friday, January 21, 2011

permohonan kemasukan politeknik 2011 dibuka


jata negara  logo mohe   jpp
Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia




  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.

  • klik  https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html untuk maklumat lanjut.

  • Sila klik disini untuk panduan mengisi borang

  • Sila kenalpasti Kategori Anda




  • Kategori
    Keterangan
    Kategori A
    Pemohon Lepasan SPM 2010
    Kategori B
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2009 atau 2008
    Kategori C
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA
    Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau,
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau,
    SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010.
    Sila semak Kategori Permohonan anda di laman SEMAKAN JENIS CALON. (KLIK DI SINI)
    Bagi calon yang berminat mengikuti program di IPTA, kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih. (KLIK DI SINI)
    Bagi calon yang berminat mengikuti kursus di Institut Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), kenalpasti kursus yang bakal anda pilih. (KLIK DI SINI)

    Jepun tawar biasiswa kursus pengajian jepun, latihan guru.

    KUALA LUMPUR, 21 Jan. - Rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran dalam pengajian Jepun dan latihan perguruan di negara itu dipelawa memohon biasiswa Kerajaan Jepun, yang dibuka sekarang sehingga 1 Mac.
    Menurut Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan di sini, biasiswa kerajaan Jepun atau Monbukagakusho (MEXT) bagi kursus bukan ijazah selama setahun dalam pengajian Jepun ditawarkan kepada siswazah tahun kedua dan ketiga di universiti tempatan, dengan pengkhususan utama dalam bahasa Jepun atau budaya Jepun.
    Pemohon mestilah berusia antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2011 dan fasih dalam bahasa Jepun.
    Mereka yang layak akan diberikan elaun 125,000 Yen (kira-kira RM4,600) dan tiket penerbangan pergi dan balik, serta pengecualian pembayaran yuran kemasukan peperiksaan, matrikulasi dan yuran pengajian bagi kursus selama setahun yang akan bermula Oktober ini.
    Mereka yang berminat boleh melayari
    http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm atau menghubungi 03-21772600 sambungan 157 atau 146 untuk maklumat lanjut.
    Permohonan mesti dikemukakan di kedutaan sebelum 4 petang 1 Mac, menurut kenyataan itu. - Bernama
    good luck dari: http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

    Wednesday, January 19, 2011

    adik malang perlu bantuan segera

    report polis yang d buat pada 26/11/2011 menunjukkan yang mangsa tidak menipu untuk meminta bantuan.
    keterangan doktor yang merawat adik hairuman bin miskon.
    koleksi gambar-gambar mangsa yang sedang mengalami penderitaan. adakah anda tidak mempunyai secebis belas sekalipun? BANTULAH MUHAMAD HAIRUMAN. andai korang rasa mual, jangan la tengok ye gambar kat bawah neh.
    kawasan kejadian d mana tempat Muhamad Hairuman terkena renjatan kabel TNB berkuasa tinggi.
    jno acc maybank puan maryuni bt miskon,

    1620 ....klik blog bawah. tq

    no acc cimb puan maryuni bt miskon,

    1257 ...klik blog bawah, tq

    no tepon puan maryuni,

    018- 3807867

    maklumat lanjut di blog asal:

    Monday, January 17, 2011

    Akademi Binaan Malaysia (ABM) 2011


    Akademi Binaan Malaysia [ABM] adalah pusat latihan CIDB Malaysia yang menyediakan pembangunan dan peningkatan kemahiran dikalangan Personel Binaan.

    Fokus utama Akademi Binaan Malaysia melibatkan persediaan Personel Binaan dengan:
    • kemahiran
    • standardisasi
    • kebolehan
    • kualiti
    • produktiviti
    ABM telah menggariskan 7 objektif bagi memenuhi peranannya:
    • Untuk mewujudkan lebih ramai Personel Binaan berkemahiran penuh dan berkemahiran -separa tempatan bagi mengurangkan pergantungan negara pada pekerja asing
    • Untuk melaksanakan Kursus Kemahiran Pembangunan Binaan secara berstruktur dan diiktiraf yang dikendalikan oleh para pelatih yang berkemahiran dan professional
    • Untuk menghasilkan Personel Binaan yang produktif, peka kepada keselamatan, berorientasikan kualiti dan berkebolehan untuk menghadapi kehendak yang sentiasa bertukar dalam Industri Pembinaan
    • Untuk menyediakan peluang-peluang bagi Personel Binaan untuk mempertingkatkan Kemahiran mereka dari masa ke semasa.
    • Untuk menyokong industri dalam mengejar persaingan sihat dengan menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan dalam mengendalikan peningkatan kecanggihan dalam Teknologi Pembinaan
    • Untuk menghasilkan dan memberi ruang bagi tenaga kerja tempatan yang terlatih pada masa kini dan masa hadapan untuk diekspot, dan
    • Untuk menjalankan program-program pengiktirafan

    Sunday, January 16, 2011

    Memulih dan Menungkat kecerdasan akal



    AKAL yang rosak boleh dipulihkan kecuali yang berpunca daripada ketagihan dadah yang kronik.
    Abu Umamah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Luqman pernah berpesan kepada anaknya, hendaklah kamu selalu bergaul dengan golongan ulama dan mendengar perkataan hukamak (bijak pandai) kerana sesungguhnya, Allah s.w.t menghidupkan hati yang mati itu dengan cahaya ilmu dan kecemerlangan hikmah sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan". (Hidayatul Mukhtar: 138)
    >Penawar untuk memperbaiki hati dan menolak reraguan
    - Memakan makanan dan minuman yang halal
    - Sentiasa menjaga diri daripada terbabit dengan perkara haram dan dimurkai Allah


     Memelihara anggota zahir seperti mata, telinga, tangan dan kaki daripada terbabit dengan perkara yang dilarang Allah
    - Memelihara anggota batin iaitu hati dan akal daripada dosa dan maksiat batin
    - Mengatur diri dengan pelaksanaan ilmu pengetahuan
    - Menjaga rahsia
    - Memohon dengan merendahkan diri kepada Allah agar Dia melindungi diri dan kemahuan anda daripada godaan syaitan
    Ubat hati
    - Membaca al-Quran dengan memahami maknanya
    - Sederhana dalam makan dan minum
    - Selalu qiyamullail
    - Bergaul dengan orang soleh
    - Beristighfar di malam sebelum Subuh
    Menambah kecerdikan akal
    - Sering berada di samping ulama
    - Gigih mencari ilmu
    - Bergaul dengan orang soleh supaya terdorong untuk menambah takwa
    - Meninggalkan perkara yang sia-sia


    (Dipetik dari buku: Bimbingan Kecemerlangan Diri - Panduan Mencerdaskan Minda tulisan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood terbitan Telaga Biru)
    collection of : http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

    Jadual Pembayaran Gaji K/Awam 2011

    harap maklum. tq.