Friday, February 25, 2011

Gadaffi yang semakin GILA



BEBERAPA penunjuk perasaan berdiri di depan sebuah bangunan tentera upahan yang musnah di Benghazi, Libya semalam.


BENGHAZI, Libya - Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi membedil sebuah masjid di Zawiya, dekat Tripoli semalam.
Menurut beberapa saksi, sebuah menara masjid itu dibedil dengan menggunakan peluru berpandu antipesawat selain ditembak dengan senjata automatik.
Serangan itu ditujukan kepada sekumpulan penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan masjid berkenaan.
Gaddafi turut menyatakan dalang kebangkitan rakyat di Libya adalah disebabkan oleh ketua pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat, Osama bin Laden yang memimpin pergerakan Al-Qaeda.
Beliau membuat kenyataan itu menerusi telefon kepada sebuah stesen televisyen di negara tersebut.
Sementara itu, penduduk tempatan telah memusnahkan sebuah bangunan yang digunakan oleh tentera upahan Gaddafi bagi memerangi penentangan di bandar Benghazi, timur Libya.
Bangunan tersebut rosak teruk dengan banyak dindingnya kini pecah.
Terdapat juga tulisan berupa kecaman terhadap Gaddafi antaranya Libya kini bebas dan Hapuskan Muammar.
Seorang peguam di sini berkata, satu jawatankuasa keselamatan telah ditubuhkan oleh orang awam pada Isnin lalu selepas bandar ini jatuh ke tangan penduduknya.
Menurutnya, jawatankuasa itu telah menangkap 36 tentera upahan dari Chad, Niger dan Sudan yang diupah oleh tentera Gaddafi untuk berperang di bandar ini.
Beberapa traktor dan jentera pengorek telah digunakan untuk memusnahkan bangunan itu.
"Walaupun mereka (pemerintah) membawa semua tentera upahan dari seluruh dunia, kami tetap akan teguh berdiri dan berperang demi negara kami," kata seorang penduduk Aowath Hussein Sady, 45,
"Rakyat Libya kini bersatu," tambahnya.
Menurut salah seorang penduduk, Gaddafi membelanjakan banyak wang untuk membiayai pemberontakan di Uganda, Burkina Faso dan Chad ketika penduduk Libya ramai yang miskin.
Gaddafi kini berdepan dengan kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya semalam hampir 42 tahun.
Kebangkitan rakyat itu didorong oleh kejayaan rakyat Mesir berhimpun di Kaherah sehingga mengakibatkan Presidennya Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.
Kelmarin, Menteri Luar Itali, Franco Frattini menganggarkan angka kematian di Libya akibat pertempuran antara tentera dengan penunjuk perasaan mencecah sehingga 1,000 orang.
- Agensi

Mangsa Serangan - Kosmo 25.11.2011



BEGINILAH keadaan seorang lelaki yang parah ditetak dan dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 kelmarin.


KUANTAN – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.
Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.
Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.
Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

sumbangan anda di alu-alukan - Pusat Pendidikan Al Barakah


DERMA &WAKAF
'Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tangkai dan tiap-tiap tangkai ini mendapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiny dan Allah Maha Kuasa (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.'
(Surah Al Baqarah : Ayat 261)
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjihad pada jalan Allah.'
(Surah At Taubah : Ayat 111)
'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.'
(Hadis Riwayat Muslim)
'Para ahli fiqh dan ulama berpendapat wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk amalan jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf sehingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.'
Kami amat mengalu-alukan sumbangan wakaf/derma tuan/puan kepada Pusat Pendidikan Al Barakah. Sumbangan tuan/puan akan kami salurkan bagi kegunaan:
Wakaf
  • Pembelian sebuah rumah banglo di kawasan yang tidak jauh dari pusat pendidikan ini untuk dijadikan Maahad Tahfiz Al Quran untuk pelajar perempuan.
  • Menaiktaraf fasiliti dan keperluan pembelajaran
Derma
  • Untuk pengurusan pusat Pendidikan Al Barakah, yang 100% bergantung kepada sumbangan orang ramai dan yuran pelajar-pelajar.
  • Untuk pengurusan Maahad Tahfiz Al Barakah.
  • pengurusan asrama & keperluan anak yatim.
  • Bantuan kepada fakir miskin.
  • Bantuan kepada muallaf.
  • Untuk perbelanjaan pengurusan majlis-majlis ilmu di PPAB.
  • Untuk pembangunan infrastruktur PPAB.
Segala sumbangan tuan/puan dalam bentuk derma dapat dibuat ke dalam akaun (boleh digunakan untuk zakat dan wakaf):
Muat Turun Borang Wakaf Disini
cimb
Pusat Pendidikan Al Barakah No ACC : 08160000129107
bank islam
Pusat Pendidikan Al Barakah No ACC : 08013010054743


info seterusnya di http://www.albarakah.org/derma/index.html

moga sumbangan anda di berkati Allah:http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

Wednesday, February 23, 2011

MATTA Fair Kuala Lumpur March 2011

Date:Mar 11 - 13 2011
Venue:Putra World Trade Centre (PWTC)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Contact:Ms Aisya or Ms Salbiah
Phone:60392876881
Fax:60392876881
Email:salbiah@matta.org.my
Website:http://mattafair.org.my
Category:72
WELCOME TO LUALA LUMPUR.

MATTA FAIR® KELANTAN 24-26 FEB 2011



MATTA FAIR® KELANTAN 24-26 FEB 2011 
Kindly be informed that MATTA Kelantan Chapter will organize its 3rd MATTA Fair® Kelantan 2011 from 24th - 26th February 2011 at the Atrium, KB Mall, Kota Bharu.
The previous MATTA Fair® Kelantan 2010 was a success and members are invited to participate in the MATTA Fair® Kelantan 2011
For more information, of MATTA Fair® Kelantan 2011, kindly contact Ms. Ida, 012 982 8077 or Mr. Supran, 013 928 7989 or email to secretariat.kelantan@matta.org.my
Kindly download the following attached documents for your registration ;

Saturday, February 19, 2011

Justin Bieber mati ditembak



AKSI Justin Bieber dalam siri penyiasatan CSI, Target of Obsession.



LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menemui ajal apabila dia ditembak mati di dadanya dalam siri televisyen penyiasatan popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi lagu Baby dan berusia 16 tahun itu muncul menerusi episod terbaru CSI, Target of Obsession.
Selebriti berusia 16 tahun itu memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann untuk kali kedua selepas dia mula melibatkan diri dalam siri televisyen itu pada September 2010.
"Saya bukan orang yang jahat. Justeru, saya rasa kelakar apabila dikehendaki membawakan karakter seperti ini," katanya.
Bintang muda itu menerima penghargaan Pencapaian Cemerlang Artis Antarabangsa dalam anugerah muzik popular Britain, Brit di London baru-baru ini. - Agensi

Tuesday, February 15, 2011

Cintai Rasulullah S.A.W.





SESUNGGUHNYA tiada nikmat di alam maya pada masa ini yang lebih besar daripada nikmat dikurniakan seorang Nabi pembawa rahmat bagi sekalian alam iaitu Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.
Tanpa Baginda S.A.W dan pengorbanannya sudah pasti hari ini kita tidak akan mampu mengenal erti Islam, iman dan ihsan. Justeru, sebagai umatnya adalah tidak adil jika kita melupakan insan pembawa dan pejuang Islam yang sejati, Nabi Muhammad S.A.W.
Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah melupakan umatnya hatta tatkala nyawa berada di hujung tanduk, mulut Baginda S.A.W tidak henti-henti menyebut kalimah ‘ummati, ummati, ummati’ yang menunjukkan cinta dan kasihnya Rasulullah S.A.W terhadap kita.
Namun, apakah yang mampu umatnya berikan bagi membalas dan menghargai segala pengorbanan manusia agung tersebut? Adakah kita pada hari ini lebih mengasihi Baginda S.A.W lebih daripada diri dan keluarga sendiri? Adakah kita dapat mengenali Nabi Muhammad S.A.W sedangkan kita langsung tidak mempunyai pengetahuan terhadapnya? Persoalan ini perlu kita renungi dan jawab dengan sejujurnya bagi mengetahui sejauh mana kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W.
Menyedari hakikat itu, sempena bulan yang penuh dengan wangian, Rabiulawal iaitu bulan kelahiran Nabi S.A.W, jawatankuasa Masjid Darul Ehsan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor dengan kerjasama Yayasan Sofa dan Darul Quran wal Hadis (Daqwah) tidak ketinggalan meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432 Hijrah.
Bacaan Qasidah
Sejak 12 malam yang lalu, alunan merdu bacaan qasidah dan selawat yang mengandungi puji-pujian ke atas Rasulullah S.A.W menjadi sebutan di bibir para jemaah yang hadir untuk membesarkan Baginda S.A.W pada majlis penuh barakah itu.
Bait-bait syair yang dilagukan daripada kitab Mukhtasar fi Sirah al-Nabawiyyah (Ringkasan Sirah Nabawiyah) karangan al-Imam al-Hafiz Abdur Rahman ibn al-Daiba’ al-Syaibani, seorang ulama besar Sudan yang dilahirkan pada tahun 866 Hijrah begitu menusuk jiwa.
Di samping itu, para jemaah juga berpeluang mengikuti pembacaan kitab karangan al-Hafiz Muhammad ibn Isa Saurah al-Tarmizi r.a bertajuk Syamail al-Nabiy (Kesempurnaan Rasulullah SAW) yang berjaya dikhatamkan sepanjang 12 hari program berlangsung.
Pembacaan kitab

PEMBACAAN kitab Syamail al-Nabiy dilakukan oleh barisan pelajar pusat tahfiz Darul Quran Wal Hadis.


Kitab yang diterjemah dan dikupas oleh Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki itu mengajak kita untuk mengenali keperibadian mulia Nabi Muhammad S.A.W dalam pelbagai aspek kehidupan yang dilaluinya.
Antaranya seperti cara Rasulullah S.A.W duduk, bersandar, makan, berbicara, berpakaian, memakai wangian, bergurau-senda, syair yang didendangkan, tidur, solat dan sebagainya.
Malah, kandungan kitab tersebut turut memperincikan tentang bentuk fizikal Baginda S.A.W termasuk sosok tubuhnya, bentuk khatam nubuwwah yang terdapat di antara kedua bahunya, potongan rambut dan uban yang tumbuh.
Menurut Sheikh Muhammad Fuad, pembacaan kitab itu bertujuan untuk mendekatkan umat Islam kepada Allah melalui pendekatan dan pencernaan benih-benih cinta dan kasih terhadap kekasihNya, Rasulullah S.A.W.
“Meraikan hari keputeraan Baginda S.A.W tidak lain tidak bukan adalah untuk membesarkan keagungan Allah SWT dan melahirkan kegembiraan serta kesyukuran di atas kurniaan yang tiada taranya ini.
“Sehubungan itu, saya berharap melalui usaha kecil ini ia mampu memberi impak yang besar terhadap masyarakat untuk mengenali Rasulullah S.A.W dengan lebih mendalam seterusnya mendorong kita agar lebih bersemangat mencernakan akhlak Baginda S.A.W dalam kehidupan dan menjadi insan Muhammadi yang hakiki,” kata beliau yang merupakan Nazir di masjid tersebut kepada Kosmo!.
Sambutan seluruh negara
Bagi umat Islam di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul senantiasa diadakan di seluruh pelosok negara. Sama ada sambutan di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah sehinggalah jawatankuasa masjid atau surau di sesebuah kariah, semuanya memainkan peranan dalam membesarkan majlis tersebut.
Hakikatnya, penganjuran majlis mengingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W bermatlamat untuk memberi peringatan dan mengambil pengajaran dari sirah Baginda S.A.W. Ia juga termasuk dalam majlis ilmu yang menjadi satu bentuk dakwah bagi mengajak manusia mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Perkara ini diakui oleh Yang Dipertua Yayasan Sofa, sebuah badan dakwah yang aktif menganjurkan pelbagai sambutan pada hari-hari kebesaran Islam termasuk Maulidur Rasul, Dr. Yusri Mohamad.

PEMANDANGAN kawasan Masjid Darul Ehsan yang terletak di Taman TAR, Ampang pada waktu siang.


Tegas beliau, majlis sambutan Maulidur Rasul merupakan usaha mentarbiah ahli-ahli dan masyarakat tentang kepentingan mengasihi Nabi S.A.W sebagai salah satu asas agama dan juga asas bagi kekuatan ummah.
“Di dalam al-Quran juga ada menyatakan bahawa sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah, itu adalah sebahagian daripada ketakwaan yang ada di dalam hati.
“Maka sudah tentu Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri adalah sumber atau pintu kepada segala syiar Islam yang ada. Lantaran itu, sebagai mentaati perintah Allah dalam hal tersebut, majlis membesarkan Rasulullah S.A.W adalah contoh kasih kita kepada Baginda,” jelas Dr. Yusri yang merupakan Pensyarah Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sementara itu, Imam I Masjid Darul Ehsan, Mohamad Khairi Hussein memberitahu, terdapat tiga komponen utama yang dilaksanakan jawatankuasa masjid sempena majlis sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu komponen ilmu, amali dan kemasyarakatan.
“Dalam aspek komponen ilmu, ia diperoleh melalui pengkhataman kitab Syamail al-Nabiy yang di dalamnya terdapat pembacaan hadis-hadis berkaitan Rasulullah S.A.W dan sunnahnya.
“Ini diikuti dengan komponen amali menerusi bacaan zikir, selawat dan qasidah yang dapat menyuburkan lagi kasih sayang kita kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, tahun ini kami berjaya menyempurnakan bacaan sejuta selawat yang dihadiahkan kepada Baginda.
“Komponen ketiga pula melibatkan kemasyarakatan iaitu dengan penganjuran majlis ini secara berjemaah dan melibatkan penyertaan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan darjat dan usia semata-mata bagi menautkan ukhwah di kalangan ummah,” ungkap Mohamad Khairi yang telah memegang jawatan tersebut sejak dua dekad lalu.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita masjid berkenaan, Datin Halimah Nor Ismail tidak putus-putus melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas kejayaan program yang dianjurkan.
“Sebelum ini, kami hanya meraikan Maulidur Rasul pada tarikh 12 Rabiulawal sahaja. Tetapi, sejak Sheikh Muhammad Fuad dilantik sebagai Nazir, pelbagai majlis ilmu secara besar-besaran telah berjaya diadakan.
“Alhamdulillah, sepanjang 12 hari program ini berlangsung banyak manfaat yang kita peroleh dan diharap perkara baik sebegini akan berterusan pada masa akan datang,” tutur beliau yang mengakui kepenatan sewaktu menganjurkan majlis tidak langsung dirasai lantaran perasaan mahabbah yang terlalu mendalam diperoleh terhadap Rasulullah S.A.W.

Saturday, February 12, 2011

Budak 13 tahun cipta laman seakan Facebook








MUKA surat Muhamad Yahya Harlan dalam laman salingsapa.com.


BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.
Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.
Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.
"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.
"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.
Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.
Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.
Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.
Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.
"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi

Wednesday, February 2, 2011

rezeki 4.5 juta, congrats daviv teo dan MIG



HAMPIR semua individu yang terlibat dalam produk terbitan MIG diberi habuan setimpal tenaga yang dicurahkan mereka.

SAMA seperti tahun-tahun sebelumnya, Metrowealth International Group (MIG ) sekali lagi meneruskan tradisi pemberian bonus kepada pelakon dan kakitangan MIG yang menjayakan filem-filem terbitan MIG
Tahun ini pada acar Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus, 1 Dekad, 49 Filem MIG yang diadakan di Hotel One World, Damansara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo telah berhabis sebanyak RM4.5 juta untuk pemberian bonus kepada 200 orang.
Katanya, tahun 2010 merupakan tahun paling gemilang MIG sejak penubuhannya pada tahun 2000 apabila 29 filem yang ditayangkan 11 daripadanya merupakan filem terbitan MIG dan berjaya mengutip RM42 juta.
Justeru, pihaknya mengagih-agihkan bonus berbentuk wang ringgit, rumah, kereta dan beberapa hadiah lain kepada pelakon, pengarah, kru produksi, kakitangan syarikatnya dan pihak media sebagai tanda penghargaan serta setiap rezeki harus dikongsi bersama.
"Setiap rezeki yang saya dapat, saya harus kongsi bersama mereka yang menjayakannya, lebih banyak yang saya kongsi, maka, lebih banyak rezeki yang akan saya perolehi pada masa depan.
"Lagipun bonus ini merupakan satu motivasi kepada mereka untuk memberikan khidmat dan karya yang lebih cemerlang. Sebagai sebuah syarikat, kejayaan tidak akan diperolehi tanpa kerjasama dan sokongan daripada ramai pihak terutama kakitangan dan pekerja produksi," tuturnya.
Mendahului penerima bonus terbanyak malam itu, aktor Shaheizy Sam yang membawa banyak keuntungan kepada MIG apabila dua filem lakonannya Adnan Sempit dan Ngangkung mencatat sejarah sebagai filem paling laris.
Adnan Sempit berjaya mengutip RM7.8 juta, manakala Ngangkung pula berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records 2011 sebagai filem dengan kutipan pecah panggung paling tinggi iaitu RM8.4 juta.
Setimpal dengan kejayaannya itu, Sam telah diberikan sebuah rumah Semi-D dua tingkat di Saujana Putra, Puchong dan pakej mengerjakan umrah untuk tiga orang sebanyak RM30,000.
Sam yang terkejut dengan pemberian bonus itu mengucapkan kesyukurannya atas limpahan rezeki yang diberikan dan segala kejayaannya itu akan dikongsi bersama keluarga terutama bersama kedua ibu bapanya.
"Saya memang sudah lama bercadang mahu mengerjakan umrah bersama ibu dan bapa saya, pakej umrah yang saya terima ini satu yang amat bermakna. Jika tidak ada aral melintang, lagi cepat lagi bagus tetapi saya belum tahu mahu pergi bila," ujarnya sambil tersenyum.
Tambah Sam, rumah yang diterimanya itu merupakan rumah pertama yang dimiliki dan akan siap pada penghujung tahun ini.
"Saya tidak sangka akan diberikan rumah, semua hadiah ini memang tidak dijangka. Terima kasih kepada peminat yang menonton filem lakonan saya, kerana tanpa mereka saya tidak akan menerima semua ini," katanya yang akan muncul dalam filem Kongsi, Sekali Lagi dan 8 Jam tahun ini.
Pengarah muda yang kini sedang sibuk di set penggambaran filem ketiganya yang berjudul Petiga,Farid Kamil pula menerima wang tunai sebanyak RM30,000.
"Saya bersyukur dengan bonus yang diberi kerana secara tidak langsung ia membuatkan saya rasa dihargai oleh MIG, saya rasa bukan saya seorang yang rasa seperti ini, tetapi semua orang yang terima bonus," ucapnya.
Selain kakitangan MIG yang masing-masing mendapat rumah Semi-D setingkat, pengarah filemNgangkung, Ismail Bob Hasim pula menerima sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5, pelakon Lisa Surihani dan Intan Ladyana masing-masing menerima RM15,000, manakala, Nora Danish, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Azad Jazmin dan Yana Samsudin menerima RM10,000 setiap seorang.

Tuesday, February 1, 2011

Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter - feb 1.

Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter
KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.
Beliau berkata, kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada AS$105 setong minggu ini berbanding AS$100 sebelum ini.
"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekali gus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Zulkifli berkata, harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.
Pada 4 Januari lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen menjadikannya RM2.40 seliter. - Bernama
www.kosmo.com.my