Friday, March 18, 2011

NIKON D7000




DUNIA dan teknologi fotografi yang kian maju semakin diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat, apatah lagi ia mampu memberi seribu makna dengan hanya sekeping gambar.
Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan serta penjualan pelbagai jenis kamera yang membariskan penggunaan dari peringkat amatur hingga ke taraf profesional.
Jika anda merancang untuk memiliki sebuah kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) dan masih samar-samar akan keupayaan kamera yang mahu dibeli, apa kata anda 'intai' dahulu D7000, kamera SLR terbaru oleh syarikat pengimejan terkemuka dunia, Nikon.
D7000 bakal memberi kelainan kepada peminat siri DSLR kelas pertengahan yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi tetapi mementingkan kualiti dan mahu karya mereka sehebat dan setanding jurugambar profesional.
Pengurus Pusat Servis Nikon, Mahfooz NR berkata, jenama Nikon sememangnya terkenal dengan siri kamera DSLR yang mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi, jelas serta menarik.
Pada bengkel Nikon bersama media baru-baru ini, beliau berkata, selain memiliki reputasi yang amat baik dalam dunia seni fotografi, Nikon juga memiliki jumlah peminat yang amat besar di negara ini.
Nikon D7000 dijana oleh pemproses imej EXPEED 2, mampu menghasilkan imej dalam definasi tinggi (HD) dengan 16 mega piksel yang kualitinya mirip dengan hasil daripada kamera profesional yang menelan harga puluhan ribu ringgit.
Ia juga kamera pertama DSLR oleh Nikon dengan keupayaan fungsi merakam video HD dan model kelas pertengahan pertama dengan panel resolusi-tinggi 3.0-inci VGA LCD.
Format DX sensor imej kamera ini berupaya merakam enam gambar sesaat (6fps), pemproses imej terbaru serta meter penderia baru RGB yang boleh mencapai 2,016 piksel. Ia boleh merakam video dengan sepenuhnya dalam format HD.
Kamera ini juga dilengkapi dengan dua ruang kad memori SDHC dan SDXC.
Mahfooz berkata, Nikon D7000 yang dicipta dengan keperluan ISO100-6400 dan tambahan peningkatan sehingga Hi 2 (menyamai ISO25600), hingga mampu untuk penggambaran dalam cahaya suram tanpa menggunakan sebarang lampu denyar.
Apa yang menakjubkan, meskipun menghasilkan gambar dengan menggunakan ISO yang paling tinggi, ia tidak mengeluar bintik kasar (noise) seperti DSLR yang lain.
Selain prestasi tingginya, harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu milik bagi peminat fotografi iaitu RM4,998 termasuk sebuah lensa AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR.
Dengan Nikon D7000, jurugambar tidak lagi pening kepala untuk menghasilkan pelbagai gambar menarik, baik gambar di jalanan, peristiwa, sukan ataupun gambar studio kerana aplikasi yang disediakan cukup mudah.
Orang ramai yang mahu mendekati rangkaian produk Nikon dan teknologi fotografi di bawah satu bumbung, boleh berbuat demikian di pusat sehenti perkhidmatan inovatif Nikon di tingkat satu, East Wing, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Mahfooz berkata, selain menghantar kamera untuk dibaiki, pelanggan turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat profesional berhubung kamera mahupun sebarang keraguan mengenai fotografi daripada kakitangan Nikon yang terlatih.
Di pusat sehenti itu, penggemar fotografi berkesempatan menyentuh, melihat dan merasai sendiri pengalaman interaksi bersama peralatan kamera Nikon.
"Pusat ini adalah pusat perkhidmatan inovatif Nikon yang terbesar di Asia Tenggara membariskan rangkaian produk amatur hingga ke profesional khusus buat pengguna di negara ini".
Mahfooz berkata di pusat inovatif itu juga jurugambar media dan profesional berpeluang mendapat pinjaman kamera sementara menunggu kamera mereka dibaiki.
Khidmat tersebut yang dipanggil Nikon Professional Services (NPS), didedikasikan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada jurugambar profesional yang mendaftar sebagai ahli terutama jurugambar media di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Contohnya, apabila mereka, yang bertugas pada kejohanan sukan besar seperti Sukan SEA, mengalami kerosakan atau kehilangan kamera adalah layak diberi pinjaman kamera dari gerai Nikon.
Mahfooz berka ta Nikon akan berusaha membaiki sebarang kerosakan dengan secepat mungkin dan akan meminjamkan kamera termasuk kamera digital keluaran terbaru Nikon jika proses membaikinya mengambil masa panjang.
"Kami terlibat dengan hampir semua Sukan SEA dan kami menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada semua jurugambar yang mendapat pentauliahan dalam polisi dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan," katanya.
Malah pada Pameran Kamera Jepun yang kedua di Yokohama, Jepun mulai 9 hingga 12 Februari lepas, Nikon memberi sokongan dan bantuan kepada jurugambar media dari seluruh dunia sepanjang berlangsungnya pameran itu.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi yang dijalankan oleh pusat perkhidmatan Nikon boleh layari www.nikoncentre.nikon.com.my
manakala maklumat dan spesifikasi lengkap mengenai model-model
kamera boleh diperoleh di laman
web www.nikon.com.my.
-- BERNAMA
collection of: http://jauharimdsomnh.blogspot.com/

Adrian berjaya dalam AVON




ADRIAN (tengah) bergambar dengan beberapa wakil Avon yang menjadi sumber inspirasi untuk berjaya.



BEBERAPA tahun dahulu, penglibatan jejaka bernama Adrian Ong, 25, dalam Avon menjadi bahan ketawa rakan-rakannya dek kerana jenama itu sendiri sinonim dengan wanita.
Ada rakan yang mengejeknya dengan panggilan lelaki lembut gara-gara tindakan Adrian yang berjinak-jinak mengedarkan katalog Avon kepada rakan sekerjanya.
"Segalanya bermula apabila saya membeli deodoran bebola di sebuah cawangan Avon di Lahad Datu, Sabah. Wakil Avon di situ mengajak saya untuk menjadi ahli.
"Bagi mendapatkan diskaun pada masa akan datang, jadi saya pun bersetuju untuk menjadi ahli," katanya yang sebelum ini menjadi penyelia di salah sebuah pasar raya di Lahad Datu.
Tambahnya, setiap bulan dia akan ke butik Avon untuk mendapatkan produk-produk yang ditempah oleh rakan sekerjanya.
"Apabila Avon melancarkan kempen Sales Leadership, pemilik butik menyuruh saya mencari lima orang untuk didaftarkan di bawah nama saya dan kemudian dia memberikan saya cek bernilai RM5.75.
"Ketawa besar apabila menerima cek tersebut kerana ia jauh lebih rendah daripada pendapatan yang saya peroleh sebagai penyelia di pasar raya iaitu RM1,500 sebulan," katanya.
Katanya lagi, pemilik tersebut memberitahu bahawa jumlah tersebut akan berganda dan sejak itu Adrian mula menjalankan aktiviti menambahkan ahli.
"Saya pernah mengambil cuti semata-mata untuk merekrut ahli baru. Satu hari saya pernah dapat 16 orang dan ia melayakkan saya memperoleh RM175 hanya dengan mencari ahli baru sahaja.
"Bayangkan, hanya beberapa minit kita boleh buat wang dan tambah pendapatan. Sejak itu, saya berhenti kerja dan mula serius dengan Avon tanpa mempedulikan ejekan hatta, pandangan sinis orang terhadap saya," ujarnya yang turut menggunakan produk Avon.
Walaupun kini, pergaulannya lebih bertumpu kepada golongan wanita, Adrian banyak mempelajari hal-hal berkaitan dengan kecantikan supaya dia tidak kekok berinteraksi dengan pelanggan yang kebanyakannya wanita.
Pada usia 25 tahun, Adrian yang baru setahun lima bulan menceburi Multi-Level Marketing Avon mampu meraih pendapatan RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.
"Ia jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan gaji saya sebagai penyelia sebelum ini. Kerjanya pula lebih senang dan tidak stres.
"Jika dulu susah mendapatkan cuti rehat untuk melancong, kini dengan Avon, saya berpeluang melancong ke Surabaya, Bali, Langkawi dan Los Angeles bersama wakil Avon yang lain," kata anak kedua daripada enam beradik itu.
Hadiah bercuti daripada Avon tersebut bagai suntikan motivasi untuk Adrian memantapkan lagi kariernya bersama Avon walaupun dikelilingi dengan ramai wanita.
Menurut Adrian, kejayaannya hari ini adalah inspirasi daripada kejayaan wanita-wanita Avon di sekelilingnya.
"Kini saya mahu berkongsi kisah kejayaan saya dengan generasi muda yang lain dan mahu mereka menyertai saya.
"Daripada mereka terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang melanda remaja sekarang ini, lebih baik ajar mereka cara berniaga dengan Avon. Sedikit sebanyak ia boleh membantu mereka menjana pendapatan," katanya yang memasang impian memiliki rumah sendiri dalam masa terdekat ini.
Bagi tahun 2011, Adrian berazam untuk mendapatkan pendapatan lebih RM10,000 sebulan selain membantu ahli di bawahnya berjaya.
"Bagi remaja lelaki yang berminat menyertai Avon tetapi malu kerana menganggap Avon adalah untuk wanita anda silap kerana sebagai lelaki kita punya kelebihan sendiri.
"Jika ramai wanita di Avon boleh berjaya, kenapa kita tidak?" katanya penuh semangat.
www.kosmo.com.my

Wednesday, March 16, 2011

TEMPE makin popular di utara


MAKANAN tradisi Indonesia, tempe kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini termasuklah di negeri-negeri di utara Semenanjung. Di Kedah misalnya, tempe yang dahulunya dianggap makanan yang pelik oleh masyarakat negeri itu semakin diterima ramai sehinggakan tempe ada dijual di pasar-pasar malam dalam bentuk cucur tempe.
Tempe memang laris kerana ia digoreng rangup. Lebih menyelerakan apabila tempe goreng dicicah dengan kicap pedas.
Namun, tidak ramai yang tahu cerita sebenar di sebalik pengenalan tempe yang kian popular di Kedah.
Seorang petani, Yusob Hanapiah, 57, bukanlah seorang yang dikenali ramai. Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah orang pertama yang memperkenalkan tempe kepada masyarakat di Kedah sekitar tahun 1984. Anak kelahiran Kampung Lubok Ipoh, Malau, Jitra, Kedah itu mempelajari cara-cara memproses kacang soya menjadi tempe daripada seorang rakannya berketurunan Jawa ketika merantau di Kota Tinggi, Johor sekitar tahun 1981.
“Semasa di Johor saya dihidangkan dengan juadah tempe masak lemak cili api yang rasanya agak pelik tetapi apabila makan dan makan, rasanya sedap.
“Pertama kali makan saya terus sukakannya sehingga saya terus belajar tentang cara memproses tempe kerana bercadang untuk memperkenalkan makanan tradisi Indonesia ini kepada orang Kedah,” katanya ketika ditemui di rumah pemprosesan tempe bersebelahan kediamannya di Malau, Jitra, Kedah.
Menurut Yusob, dia berdepan dengan pelbagai cabaran ketika cuba memperkenalkan tempe kepada masyarakat Kedah kerana rasanya yang agak pelik dan mungkin tidak sesuai dengan selera rakyat negeri Kedah pada ketika itu.
“Walaupun sebahagian besar orang Kedah susah nak terima tempe tetapi saya terus berusaha untuk memperkenalkannya di Kedah dengan pelbagai cara termasuklah mengadakan demonstrasi masakan di pasar tani dan pasar malam.


TEMPE Tani disusun dirak sebelum sedia dipasarkan di sekitar Kedah.


“Saya bawa kuali ke pasar tani dan pasar malam dan tunjukkan kepada pengunjung cara-cara memasak tempe.
“Antaranya cucur tempe, sambal tempe dan masak lemak cili api tempe,” ujarnya.
Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, beliau mengambil masa sehingga lima tahun untuk mempopularkan tempe di Kedah dan penggemar makanan itu meningkat dari tahun ke tahun.
Sepanjang tempoh itu, banyak kisah lucu yang dilalui. Salah satunya berlaku apabila seorang pelanggan membeli lima bungkus tempe. Pada masa itu dibalut dengan daun pisang.
“Saya tanya sama ada dia tahu apa di dalam bungkusan daun pisang itu, dia jawab tahu dan dia terus bayar dan membawa lima bungkus tempe itu ke kedai kopi berdekatan.
“Saya tengok dari jauh dia pesan secawan kopi dan mula membuka bungkusan tempe dan makan tetapi sebaik menggigitnya dia terus luah dan buang,” ceritanya sambil tersenyum.
Kisah lucu
Sekitar tahun 80-an, ramai yang menyangka tempe yang dijual dalam bungkusan daun pisang adalah lepat pisang dan tepung bungkus.
“Banyak yang saya lalui dan ia menjadi kenangan manis untuk dikongsi kepada anak-anak muda sekarang,” jelasnya sambil memberitahu tempe yang dibungkus di dalam daun pisang dijual pada harga 20 sen sebungkus.
Selain melakukan demonstrasi masakan tempe di pasar-pasar tani dan pasar malam, beliau juga menjual tempe dengan motosikal dan masuk ke kawasan perumahan di Alor Setar, Jitra, Kuala Nerang, Pendang dan Bukit Kayu Hitam.
“Saya juga akan masuk ke kawasan perumahan dan akan cari kereta dengan nombor plat kenderaan dari negeri-negeri di selatan Semenanjung terutamanya Johor untuk jual tempe.
“Selalunya tempe saya laris kerana mereka yang berasal dari selatan Semenanjung dan bekerja di Kedah sebagai kakitangan Imigresen dan UPP (Unit Pencegah Penyeludupan) menggemari tempe,” katanya.
Setelah lebih lima tahun lalu bertungkus-lumus memperkenalkan tempe di Kedah, perniagaannya menjadi lebih stabil dan berkembang.
“Kini tempe yang saya usahakan dengan jenama Tempe Tani dijual kepada pengusaha kantin di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan restoran-restoran berdekatan pada harga RM1 sebungkus dengan berat 160 gram.
“Tempe Tani pada hari ini dibungkus dengan plastik berbanding daun pisang sebelum ini,” katanya.
Kata Yusob, perniagaannya kini dibantu oleh isterinya, Norhasmah Hussin, 48, serta tiga orang pekerja yang terdiri daripada penduduk kampung.
“Saya untung bersih sekitar RM120 sehari daripada jualan tempe ini dan saya bercadang mahu menyerahkan perniagaan ini kepada anak-anak yang mahu mengambil alih,” ujarnya sambil memberitahu anak sulungnya merupakan seorang guru manakala dua yang lain sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.


JIKA sebelum ini Tempe Tani dibungkus dalam daun pisang kini Yusob menggunakan plastik.



Amalan kebersihan
Berkongsi cara-cara membuat tempe, Yusob memberitahu, tiada rahsia mahupun ramuan istimewa dalam membuat tempe. Apa yang penting adalah amalan kebersihan.
“Saya memang utamakan kebersihan kerana jika kotor, tempe tidak akan tahan lama dan warnanya akan bertukar kekuning-kuningan,” katanya.
Menurut Yusob, proses membuat tempe bermula dengan kacang soya mentah direndam dalam sebuah bekas selama 36 jam.
Selepas direndam, kacang soya akan dipecahkan menggunakan sebuah mesin dan kemudian dibasuh sekurang-kurangnya tiga kali.
“Selepas dibasuh sehingga bersih, kulit kacang soya yang terapung dibuang seterusnya ia direbus sekali didih dan ditoskan.
“Apabila kering, masukkan serbuk ragi dan sedikit tepung ubi kayu dan kacau rata kemudiannya bolehlah dibungkuskan di dalam plastik yang telah ditebuk lubang.
“Kacang soya yang siap diadun dengan ragi dan tepung dan dimasukkan dalam plastik itu akan diperap selama semalaman sebelum ia bertukar menjadi tempe,” jelas Yusob tempe buatannya boleh tahan selama tiga hari. Kebiasaannya dia akan memasarkan di antara 500 hingga 600 bungkus tempe sehari.
“Hari ini semakin ramai yang mengusahakan tempe di Kedah termasuklah secara kecil-kecilan di rumah dengan menggunakan daun pisang dan secara serius seperti saya,” jelasnya.
Tambah beliau, selain mampu membuka selera sesiapa sahaja, juadah berasaskan tempe juga merupakan makanan berprotein tinggi tanpa kolesterol.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Tempe Tani hasil tangan Yusob boleh hubungi talian 013-4164 651. Sementara itu, pelanggan tetap tempe jenama Tempe Tani, Nor Hazam Allyas, 41, memberitahu, dia melanggan tempe hasil tangan Yusob untuk perniagaan kedai makannya di Jalan Kodiang, Jitra, Kedah sejak sembilan tahun lalu.
“Rasa dan kualiti Tempe Tani ini memang terbaik di negeri Kedah dan juadah berasaskan tempe yang dijual di kedai makan saya kebiasaannya laris.
“Selain rasanya yang sedap, tempe buatan Yusob juga tahan lama tidak seperti tempe lain yang cepat rosak,” katanya ketika ditemui di kedai makan miliknya di Pusat Dakwah Kubang Pasu, Jalan Kodiang, Jitra.
Menurut Nor Hazam, kedainya menawarkan pelbagai menu berasaskan tempe antaranya tempe masak lemak, tempe sambal ikan bilis, tempe goreng berempah dan rojak ayam.
Protein tumbuhan
“Permintaan terhadap juadah tempe sangat tinggi dan kebiasaannya saya melanggan lebih 20 bungkus Tempe Tani seminggu.
“Jika ada tempahan rojak ayam atau lontong daripada syarikat atau pertubuhan tertentu, saya akan melanggan sehingga 50 bungkus tempe daripada Yusob,” katanya.
Nor Hazam yang pada mulanya tidak menggemari tempe kerana baunya yang pelik mula menyukai makanan tersebut selepas merasai tempe buatan Yusob.
“Dulu saya menetap di Johor dari tahun 1997 hingga tahun 2002 dan pernah cuba makan tempe tetapi tidak boleh kerana baunya tetapi selepas kembali ke negeri kelahiran, Kedah dan mencuba Tempe Tani saya terus sukakannya.



PROSES membasuh dan membuang kulit kacang soya.



“Ia mungkin kerana tempenya yang kurang berbau dan sedap dimakan,” jelasnya yakin dengan tahap kebersihan Tempe Tani kerana pernah melihat sendiri proses pembuatan tempe di premis milik Yusob di Kampung Lubok Ipoh, Malau, Jitra.
Roslina Luqman, 24, yang sebelum ini tidak menyukai tempe mula belajar makan makanan tersebut selepas menyedari khasiat yang ada pada makanan tersebut.
Pegawai percetakan di salah sebuah syarikat swasta mengakui cara masakan yang betul mempengaruhi rasa pada tempe.
“Dahulu semasa saya tinggal di asrama, selalunya saya tidak jamah pun tempe jika ia dihidangkan untuk menu makan tengah hari.
“Saya merasakan seolah-olah ada yang tidak kena pada makanan tersebut. Tetapi, setelah menyedari tempe mempunyai khasiat yang tinggi saya belajar menyukai tempe secara perlahan-lahan,” kata Roslina yang menggemari tempe yang digoreng masak cili.
Sementara itu, menurut Pegawai Pemakanan Institut Sukan Negara (ISN), Noor Faezah Abdul Jalil, kacang soya merupakan protein yang diperoleh daripada sumber tumbuhan.
Ia mengandungi protein lengkap yang menyamai kandungan protein daripada sumber haiwan.
“Jadi, bagi mereka yang tidak mahu mengambil protein daripada sumber haiwan, mereka boleh menggantikannya dengan kacang soya mengikut keperluan.
“Misalnya kanak-kanak memerlukan protein tumbuhan yang lebih tinggi berbanding orang dewasa bagi menggalakkan tumbesaran,” kata Faezah sambil memberitahu soya yang digunakan untuk menghasilkan tempe tetap mempunyai kandungan nutrien yang serupa.
Bagaimanapun, ujarnya apabila tempe itu digoreng, ia menyebabkan berlakunya pertambahan lemak dalam makanan tersebut sekali gus mengurangkan khasiat protein soya yang ada.
www.kosmo.com.my

Tuesday, March 15, 2011

SBT 2011

segalanya bermula dengan mr .nazir..
Salam sejahtera buat semua.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan lagi senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.
Daripada 23 buah sekolah tersebut, 11 buah adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), dua sekolah menengah harian biasa, lapan Sekolah Kebangsaan dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan.
Berikut adalah senarai penuh 23 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT 2011:
  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  15. SK Convent Muar, Johor
  16. SK Seri Biram, Pahang
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu
  21. SK Jalan Tiga, Selangor
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor
Sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.
Senarai penuh SBT 2010:
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.
manakala sekolah Amanah 2011 ialah:

Senarai Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir

Berikut adalah 10 senarai Sekolah Amanah yang terpilih di bawah program ini iaitu masing-masing lima buah daripada Johor dan Sarawak;
  • Sekolah daripada negeri Johor:
  1. Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2
  2. SK Kampung Layau
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kangkar, Pulai
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu
  5. SMK Gelang Patah
  • Sekolah daripada negeri Sarawak:
  1. SM Sains Kuching
  2. SMK Bandar Kuching (2)
  3. SK Tabuan
  4. SK Empila, Samarahan
  5. SK Combine
Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran.
bernama news

Sunnah yg dianjurkan pada hari Jumaat

Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari dan hari yang mulia. Digalakkan umat islam mengisi dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Tetapi malangnya sebahagian umat ini seakan meremehkan perkara - perkara yang disunnahkan dilakukan pada hari jumaat.Sikap malas sebahagian umat ini banyak pula kesalahan dilakukan dan sunnah pula diabaikan. Disini saya akan sertakan beberapa sunnah yang sepatutnya dilakuka
1. Disunnahkan bagi imam membaca dua surat as-Sajdah dan al-Insan secara sempurna pada solat fajar (subuh) di hari Jumaat, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, dan jangan memendekkan ketika membaca kedua surah ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh sebagian imam.

2. Disunnahkan bagi seseorang untuk memperbanyak berselawat atas Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, sebagaimana hadits Aus bin Aus radhiyallahu ’anhu, dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam :
"Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan" . Maka perbanyaklah kalian berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku." [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, dishahihkan oleh an-Nawawi dan dihasankan oleh al-Mundziri] .
3. Solat Jumaat itu diwajibkan atas setiap laki-laki yang merdeka, mukallaf, muslim dan menetap. Solat jumaat tidak wajib atas musafir yang atasnya qosor di dalam solatnya, dan seorang budak serta wanita, namun barangsiapa diantara mereka ini menghadiri solat Jumaat maka mereka tetap mendapatkan pahala. Kewajiban solat jumaat menjadi batal dengan sebab adanya udzur (yang syar’i) seperti sakit atau dalam keadaan khouf (perang berkecamuk). [Asy-Syarhul Mumti’ V/7-34].

4. Mandi pada hari jumaat termasuk tuntutan Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam sebagaimana dalam sabda beliau ’alaihi Sholatu wa Salam :
"Apabila salah seorang dari kalian hendak mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi." [Muttafaq ’alaihi].

5. Berperfum, bersiwak dan berpakaian dengan pakaian yang terbaik termasuk adab seorang muslim di hari Jumaat. Dari Abu Ayyub beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salambersabda :
"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, menggunakan minyak wangi yang ia miliki dan memakai pakaiannya yang terbaik, kemudian ia keluar dan berjalan dengan tenang (perlahan-lahan) sampai tiba di Masjid, lalu ia ruku’ (solat) yang tampak baginya dan ia tidak mengganggu seorangpun, lalu ia diam ketika imam keluar sampai menunaikan solat, maka baginya kaffarah (pelebur dosa) antara jumaat satu dengan jumaat lainnya." [HR Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah].

Dan Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ’anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salambersabda :
"Haruslah mandi pada hari Jumaat bagi setiap orang yang mimpi, lalu bersiwak dan berparfum dengan minyak wangi semampu yang ia miliki." [HR Muslim].

6. Disunnahkah bergegas untuk menunaikan solat Jumaat yang mana sunnah ini seakan-akan telah mati saat ini, semoga Allah merahmati mereka yang masih menghidupkan sunnah ini. Dari Abu HurairohRadhiyallahu ’anhu dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam beliau bersabda :
"Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di pintu-pintu Masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkurban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor sapi, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor ayam, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berbondong-bondong beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengarkan khutbah." [Muttafaq ’alayhi].

7. Disunnahkan bagi seorang muslim untuk menyibukkan diri dengan solat, zikir dan membaca al-Qur’an sampai imam keluar. Hadits Salman dan Abu Ayyub sebelumnya sebagai dalil atas hal ini.

8. Wajib diam ketika khutbah dan berkonsentrasi dengan apa yang dihuraikan di dalam khutbah. Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :
"Apabila engkau berkata kepada temanmu : "diamlah" pada hari Jum’at sedangkan imam tengah berkhutbah, maka telah engkau sia-siakan (Jum’atmu)" [Muttafaq ’alayhi].

Ahmad menambahkan di dalam riwayatnya : "Barangsiapa yang (melakukan hal yang) sia-sia maka ia tidak akan mendapatkan pada Jum’atnya sesuatu apapun." Di dalam riwayat Abu Dawud : "Barangsiapa yang (melakukan perbuatan) sia-sia atau membuat-buat garis, maka ia telah mengesampingkan (pahala)." [dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah]

9. Disunnahkan membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat sebagaimana hadits Abu Sa’id al-KhudriRadhiyallahu ’anhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat." [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh al-Albani].

10. Tidak diperbolehkan melakukan safar pada hari Jumaat bagi orang yang diwajibkan solat Jumaat sebelum menunaikannya setelah masuk waktunya. [Zaadul Ma’ad I/382].

11. Dibenci (dimakruhkan) berpuasa pada hari Jumaat secara bersendirian dan solat pada malamnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, beliau bersabda :
"Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan solat dan jangan pula mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa daripada hari-hari lainnya, kecuali puasa yang biasa kalian laksanakan." [HR Muslim].

12. Wajib bagi yang berkeinginan untuk berpuasa pada hari Jumaat untuk menyertainya dengan puasa sehari sebelum atau setelahnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu dari NabiShallallahu ’alaihi wa Salam, bahwasanya beliau bersabda :
"Janganlah salah seorang dari kalian berpuasa pada hari Jumaat kecuali disertai dengan puasa sehari sebelumnya atau setelahnya." [Muttafaq ’alaihi dan lafazh ini lafazhnya Bukhari].

13. Adapun sunnah pada hari Jumaat, maka telah datang hadits (yang menerangkan) bahwasanya Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam melakukan solat dua rokaat setelah Jumaat (Muttafaq ’alayhi), dan datang pula sebuah hadits bahwasanya Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam memerintahkan bagi orang yang hendak solat setelah jumaat untuk solat sebanyak empat raka’at. (HR Muslim). Ishaq berkata : "Apabila beliau solat di dalam masjid pada hari Jumaat maka beliau solat empat raka’at, dan apabila solat di rumah maka beliau solat dua roka’at." Abu Bakr al-Atsram berkata : "Kesemua hal ini boleh dilakukan." [al-Hadaa`iq karya Ibnul Jauzi II/183].

14. Apabila seorang muslim masuk ke dalam Masjid pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, hendaklah ia solat dua rakaat yang ringan sebelum duduk, sebagaimana hadits Jabir bin ’AbdillahRadhiyallahu ’anhu beliau berkata : "Sulaik al-Ghothfani datang (ke Masjid) pada hari Jum’at dan NabiShallallahu ’alaihi wa Salam tengah berkhutbah saat itu lalu ia langsung duduk. Maka Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :
"Apabila salah seorang dari kalian masuk (ke Masjid) dan Imam tengah berkhutbah, maka solatlah dua raka’at lalu duduklah." [HR Muslim].
15. Disunnahkan bagi imam untuk membaca pada solat jumaat dua surah : yaitu al-Jum’ah dan al-Munafiqun, atau al-’A’laa dan al’Ghoosyiah, karena Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam membacanya. [HR Muslim].

Rujukan:
1. Lihat QS az-Zumar : 68,
2. Dengan memisahkan duduk atau menempati duduk seseorang atau melewati pundak-pundak jama’ah yang duduk,
3. Maksudnya membuat-buat garis di lantai masjid ketika khutbah, atau perbuatan serupa seperti bermain-main baju, memijat-mijat tangan supaya bunyi, atau lainnya yang menunjukkan sikap tidak konsentrasi dengan khutbah.

[ Sumber ini diambil dari Maktabah Abu Salma- Ebook Fikih & Adab ]